Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA, A*Star bangun sistem lampu isyarat bijak di S'pura

Sep 12, 2018 | 06:00 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) dan Institut Kajian Infokom A*Star sedang berusaha membangun sistem kawalan lampu isyarat bijak bagi Singapura.



Sistem Lampu Isyarat Bijak Seragam dan Bersama atau The Cooperative and Unified Smart Traffic System (Cruise), akan diuji di simpang lampu isyarat dan tempat seberang jalan pejalan kaki antara Corporation Road dengan Boon Lay Way, kata LTA dalam kenyataannya pada Rabu (12 September).



Alat penderia atau sensor, akan dipasangkan dari bulan ini hingga akhir 2020.



Cruise direka untuk mengesan kenderaan dan pejalan kaki, kata LTA.



Kumpulan data, yang dikumpulkan hampir selaras dengan masa-nyata, akan digunakan untuk membangun algoritma lampu isyarat bijak.



Ia akan dikumpulkan mengguna teknologi baru, seperti sistem satelit pengemudian sejagat atau global navigation satellite system, kenderaan pandu sendiri dan kecerdasan buatan (AI).



Ini akan mengoptimumkan pengaturan masa bagi lampu isyarat dan di tempat seberang jalan, supaya mewujudkan gerakan lalu lintas dan pejalan kaki yang lebih lancar.



“Ada potensi besar untuk menyepadukan data lebih bermakna dari penderia dan kenderaan untuk mencapai tahap keberkesanan lebih tinggi dalam rangkaian jalan raya yang digunakan berbilang pengguna,” kata Dr Chin Kian Keong, ketua jurutera jabatan jalan raya dan trafik di LTA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >