Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA beli 40 kereta api baru; usaha pembaharuan laluan MRT

Ye Kung: Pelaburan demi pertingkat keupayaan dan cara sistem berfungsi
Sep 29, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) semalam membeli 40 kereta api baru untuk digunakan di laluan kereta api Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL).



Kereta api itu, yang dibeli dengan harga $337.8 juta, adalah untuk menggantikan kereta api generasi kedua dan generasi ketiga yang dibekalkan Siemens dan Kawasaki-Nippon Sharyo yang telah beroperasi sekurang-kurangnya dua dekad.



Langkah itu adalah sebahagian usaha pembaharuan bagi dua laluan MRT paling berusia di Singapura itu.



Antara lain, kereta api baru itu, yang akan diperkenalkan bermula 2024, akan menampilkan ciri yang dinaik taraf seperti ruang lebih luas bagi pengguna kerusi roda dan kereta tolak bayi serta skrin LCD baru yang memaparkan maklumat perjalanan.



Kereta api baru itu akan dibekalkan oleh syarikat Bombardier Transportation yang berpangkalan di Canada.



Bombardier, sebelum ini, pernah diberi kontrak pada Julai 2018 untuk membekalkan LTA dengan 66 kereta api baru untuk menggantikan kereta api generasi pertama yang telah digunakan NSEWL sejak ia dibuka di sini pada 1987.



Lagi 40 kereta api terbaru itu menggunakan reka bentuk sama, kata LTA dalam kenyataannya semalam.



Ini bermakna, 106 daripada 198 kereta api yang beroperasi di NSEWL akan dibekalkan oleh Bombardier.



Di acara menandatangani kontrak itu semalam, Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, berkata dengan langkah terbaru itu, projek pembaharuan yang bermula pada 2012 bagi dua laluan paling lama Singapura, telah melepasi separuh perjalanannya dan proses penggantian paling sukar telah diselesaikan.



"Matlamat pembaharuan ini adalah untuk menggantikan bahagian utama sistem yang telah haus dan lusuh dan juga untuk mempertingkat keupayaan dan cara sistem berfungsi. Pemerintah dan pengendali rel telah melabur berbilion dolar dan masa yang lama untuk melaksanakan perkara ini," kata Encik Ong.



Keputusan pemerintah untuk bekerjasama lebih rapat dengan Bombardier sebahagiannya didorong keprihatinan terhadap kos, kata LTA.



Kerjasama yang lebih rapat dengan satu syarikat membolehkan kereta api boleh dibeli pada harga lebih murah dan mengurangkan jenis kereta api yang digunakan.



Ini membolehkan jurutera untuk mengenalinya dengan lebih mendalam dan bertindak balas lebih baik jika sebarang masalah timbul.



Encik Ong turut menekankan peri penting pembaharuan kereta api ini, dan berkata ia secara berperingkat mengundurkan tiga generasi kereta api sehingga 2026.



Dalam pada itu, LTA sedang meneroka cara memelihara beberapa gerabak kereta api lama di tempat-tempat seperti di sekolah dan agensi pemerintah untuk memelihara warisan pengangkutan negara.



Ia juga mengundang pihak awam untuk menghubunginya jika berminat menggunakan gerabak itu sebagai perhiasan di hotel atau kafe.



Laporan lain: Kerjasama jangka panjang SMRT-Bombardier bantu pastikan kos senggara kereta api rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >