LTA beri relawan kuasa kawal pengguna PMD, penunggang basikal

DEMI membantu mengurangkan perbuatan menunggang basikal dan penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak bertanggungjawab, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memberi kuasa penguatkuasaan kepada beberapa sukarelawan terpilih di bawah Skim Rondaan Mobiliti Aktif.

Dalam satu kenyataan semalam, LTAberkata langkah tersebut diambil selepas sukarelawan skim berkenaan - yang sejauh ini berjumlah lebih 800 - meminta lebih banyak sokongan dan penguatkuasaan daripada LTA.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan