Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA buka tender bagi 600 tempat cas kereta elektrik

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah membuka tender bagi pemasangan lebih 600 tempat mengecas kenderaan elektrik (EV).



Ini dipercayai kali pertama LTA membuka tender sedemikian.



Menerusi satu kenyataan bersama semalam, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan LTA berkata lebih 600 tempat mengecas EV itu akan dipasang di lebih 200 tempat letak kenderaan di serata Singapura.



Ini termasuk di estet perumahan awam, estet perindustrian, taman awam dan kelab masyarakat.



Pihak yang memenangi tender itu perlu memasang tempat mengecas EV tersebut di tempat letak kenderaan menjelang suku ketiga 2022, menurut kenyataan itu.



"Pelancaran tender itu menandakan satu detik penting dalam usaha memperluas rangkaian mengecas di tempat letak kenderaan awam Singapura.



"Maklumat dan tinjauan yang diperoleh daripada tender ini akan membantu membentuk... tender akan datang yang akan dikeluarkan secara bertahap dalam beberapa tahun akan datang," kata URA dan LTA.



Awal tahun ini, pemerintah mengumumkan matlamatnya mengerahkan hingga 28,000 tempat mengecas di tempat letak kenderaan awam menjelang 2030 agar ia lebih mudah bagi pengguna EV.



Kini, terdapat sekitar 1,800 tempat mengecas di serata negara.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata ini merupakan permulaan usaha pemerintah memasang 28,000 tempat mengecas EV itu menjelang 10 tahun akan datang.



"Kita mahu kenderaan di Singapura menjadi lebih bersih dan (menggunakan) EV satu cara untuk mencapai matlamat itu.



"Dengan rebat daripada Insentif Penggunaan Awal EV dan Skim Menangani Pengeluaran Asap Kenderaan yang dipertingkat, kami berharap lebih ramai pemandu akan rasa terdorong menggunakan EV.



"Usaha kami tidak akan berhenti di sini.Teknologi kian berubah dan kami akan terus menyemak strategi kami," kata Encik Ong.



Tambahnya, beliau juga yakin rancangan ini akan terus berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >