PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) semalam mengumumkan bahawa ia mula membuka tender melantik seorang pakar bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan tapak bagi pilihan penjajaran langsung bagi Laluan Rentas Pulau (CRL).
Kerja-kerja pemeriksaan itu dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini dan ia adalah tambahan kepada kerja pemeriksaan tapak bagi pilihan mengelilingi kawasan tersebut, yang sudah pun dimulakan bulan lalu.