Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA, Enterprise S'pore bantu pengendali bas sewa laksana pelan digital

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



PENGENDALI khidmat bas sewa yang biasanya memiliki sekitar lima kenderaan, kini akan mendapat lebih banyak bantuan daripada pemerintah untuk menjadikan proses mereka automatik.



Langkah ini dijangka mempercepat lagi peralihan ke arah pendigitalan yang sudah pun digiatkan akibat pandemik koronavirus sekarang.



Sebagai sebahagian usaha ke arah pendigitalan yang diterajui Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Enterprise Singapore (ESG), pengendali bas sewa di sini kini akan mendapat subsidi kewangan, nasihat perundingan percuma dan latihan untuk membantu mereka dengan peralihan sektor yang tradisional itu.



Antara peningkatan termasuk memperkenal keupayaan menjejak bas menggunakan peta digital, menggunakan kamera untuk memantau kelakuan pemandu serta melaksana sistem bersepadu bagi bayaran dalam talian dan perancangan laluan.



Dengan kebanyakan bas sewa digunakan sebagai bas sekolah yang menampung jumlah besar pelajar, keupayaan menjejak bas itu boleh memberi ketenangan minda kepada ibu bapa.



Sementara itu, proses dalam talian pula boleh mengurangkan beban pentadbiran syarikat bas sewa yang masih mengambil kehadiran secara fizikal dan mengutip bayaran wang tunai, kata pengendali bas sewa di sini.



Bercakap di satu acara di man pelan digital bagi khidmat bas sewa diumumkan semalam, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pengangkutan) Chee Hong Tat berkata sektor itu telah menerima bantuan bernilai sekitar $30 juta tahun ini.



Ini termasuk skim seperti pengecualian bayaran letak kenderaan musiman di tempat letak kenderaan dan geran lain untuk menangani kesan pandemik Covid-19.



Namun kini, pengendali bas sewa perlu merebut peluang untuk mencapai kemodenan untuk terus menakat ketika bas pelancong dan bas sekolah mengalami permintaan rendah dek tiada pelancong dan banyak kegiatan sekolah digantung.



"Krisis ini mendorong lagi sektor ini untuk memikirkan semula proses perniagaannya dan bersiap sedia bagi sekitaran operasi yang baru.



"Banyak penyelesaian yang digunakan kini, termasuk khidmat pengangkutan kongsi dan mengikut permintaan, dapat wujud disebabkan pendigitalan kerana ia membolehkan syarikat memproses jumlah besar data dengan berkesan.



"Penggunaan penyelesaian digital akan memberi manfaat kepada kedua-dua pemandu dan pengendali," ujarnya.



Sektor khidmat bas sewa kini merangkumi 10,600 bas yang dimiliki 3,500 individu dan syarikat berbeza.



Tidak seperti syarikat pengendali pengangkutan awam SMRT dan SBS Transit, kebanyakan pengendali bas sewa merupakan perniagaan keluarga yang telah beroperasi selama beberapa generasi.



Presiden persatuan pemilik bas sekolah dan sewa peribadi Singapura, Encik Philip Peh, mengalu-alukan bantuan oleh pemerintah yang membolehkan mereka mengambil langkah kecil ke arah pendigitalan.



Persatuan itu telah bekerjasama dengan ESG untuk membangunkan sistem pengurusan bas berdasarkan 'cloud' yang antara lain menyepadukan bayaran digital, perancangan laluan dan jadual pemandu dalam satu wadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >