Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

LTA: Fasa pertama projek pasang hadangan bunyi di landasan MRT dijadual selesai tahun ini

Setempat
27
0

LTA: Fasa pertama projek pasang hadangan bunyi di landasan MRT dijadual selesai tahun ini

Feb 09, 2018 | 02:40 PM

FASA pertama sebuah projek bagi memasang hadangan bunyi (noise barrier) sepanjang jejambat MRT sudah lebih 80 peratus selesai dan ia disasarkan selesai sepenuhnya tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini.

Bahagian landasan di mana hadangan belum lagi dipasang adalah antara stesen MRT Lakeside dengan Boon Lay; stesen Aljunied dengan Paya Lebar dan stesen Paya Lebar dengan Eunos, menurut laporan The Straits Times.

LTA berkata hadangan setinggi 4.5 meter akan dipasang di bahagian tersebut berbanding hadangan 2.5 meter biasa yang dipasang di tempat lain.

Ini bagi "mengurangkan bunyi bising dengan lebih baik", kata LTA kerana ia merupakan bahagian di mana kereta api bertukar landasan.

LTA mula memasang hadangan bunyi di landasan MRT bukan bawah tanah pada lewat 2013 di lokasi seperti Admiralty, Marsiling, Sembawang, Ang Mo Kio, Pioneer dan Yew Tee.

Apabila fasa pertama selesai dilaksanakan, 11.5 kilometer hadangan akan dipasang di 25 lokasi.

Menteri Penyelaras bagi Prasarana yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, mengunjungi hadangan bunyi yang telah siap dipasang baru-baru ini dekat stesen MRT Sembawang hari ini.

Menurut ukuran yang diambil di bangunan kediaman, hadangan bunyi itu dapat mengurangkan bunyi bising daripada kereta api yang lalu dengan sekurang-kurangnya lima desibel.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3