PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengkaji data dan akan memperhalusi cara ia menyesuaikan bekalan pengangkutan awam dengan permintaan yang berkurangan semasa tempoh pemutus litar ini, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.
Penyesuaian itu akan dilaksana esok, kata beliau yang akur ada kesesakan berlaku di laluan kereta api Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) dan laluan Circle Line (CCL) pada hari pertama penyesuaian itu dilakukan pada Jumaat lalu.