KEBANJIRAN di terowong MRT Bishan yang menjejas perkhidmatan kereta api selama sekitar 20 jam pada 7 Oktober lalu mungkin tidak berlaku sekiranya pasukan yang bertanggungjawab menyelenggara sistem pam dan lubang pengaliran air hujan melaksanakan tugas mereka.
Ini bermakna insiden itu boleh dicegah sepenuhnya, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam sebagai merumus hasil siasatan ke atas insiden tersebut.