Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA kenakan bayaran jalan raya sepadan ke atas kereta asing mulai 15 Feb

Jan 16, 2017 | 12:01 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan hari ini (16 Jan) semua kereta berdaftar di luar negara perlu membayar Bayaran Jalan Raya Sepadan (RRC) sebanyak $6.40 sekali bayaran apabila memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Feb.



Bayaran baru itu mencerminkan Bayaran Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 ($6.40) bagi setiap kereta asing yang memasuki Johor, yang dilaksanakan pada 1 November 2016.



Bayaran jalan raya itu akan dipungut bersama Permit Masuk Kenderaan (VEP), bayaran tol dan Bayaran Jalan Raya Elektronik (ERP) semasa berlepas di Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.



Papan tanda telah dipasang untuk mengingatkan pengguna supaya membayar bayaran berkenaan dengan memasukkan Kad Autopass atau CashCard mereka ke dalam kad pembaca di kios imigrasi.



LTA telah mengenakan denda lebih berat ke atas pengguna jalan raya yang mengelak pembayaran tol, yuran dan caj sejak 1 Ogos 2016.



Pesalah kali pertama bertanggungjawab membayar kompaun $50, manakala pesalah berulang perlu membayar $100. Pengguna jalan raya yang tidak membayar jumlah kompaun boleh didakwa di mahkamah dan boleh didenda, jika sabit kesalahan, tidak melebihi $1,000, atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan bagi kesalahan pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >