Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

LTA: Kenderaan tidak berlesen tidak boleh tawar khidmat kongsi kereta S’pura-Johor

Dec 29, 2019 | 01:30 PM

KENDERAAN di bawah pendaftaran asing tidak boleh menawarkan khidmat kenderaan rentas sempadan berbayar untuk penumpang tanpa Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVL).

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) semalam sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times tentang khidmat kongsi kereta Singapura-Johor Baru, Sameride.

Menurut kenyataan di laman Sameride, lebih 300 penumpang telah mendaftar untuk menggunakan khidmat tersebut melalui aplikasi dalam tempoh dua minggu lalu.

Khidmat pertama syarikat tersebut untuk penumpang dimulakan pada 2016 di Washington di Amerika Syarikat, menurut laman tersebut.

Bagi khidmat terkininya, Sameride menganggarkan pengguna boleh mengurangkan kos perjalanan mereka antara Johor dengan Singapura hampir 50 peratus berbanding khidmat teksi.

Aplikasi tersebut juga berkata ia boleh mengurangkan masa perjalanan laluan rentas sempadan tersebut.

Menurut LTA, kenderaan yang didapati menawarkan khidmat sewa berbayar, termasuk khidmat kongsi kereta rentas sempadan tanpa PSVL yang sah, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau disaman sehingga $3,000, atau kededuanya sekali.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian