Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA lanjut tempoh gantung bayaran ERP, sesi bidaan COE

Apr 29, 2020 | 07:15 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan kekal menggantung bayaran di semua gantri Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dan sesi bidaan harga sijil hak milik kenderaan (COE) sehingga langkah pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun ini. 



Pada masa yang sama, LTA tidak melakukan sesi bidaan COE untuk Mei ini.



Dalam kenyataannya, LTA berkata langkah ini sejajar dengan lanjutan tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk empat minggu lagi sehingga 1 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.



"LTA akan terus menggantung bayaran ERP di kesemua gantri susulan lanjutan tempoh pemutus rantaian jangkitan. Kami akan menyambung semula bayaran ERP apabila tempoh pemutus rantaian jangkitan tamat," kata LTA.



Bagi pembidaan harga COE pula, LTA berkata, sesi untuk bulan Mei akan digantung dan penjual boleh menggunakan bekalan COE Sementara (TCOE) untuk mendaftar kenderaan baru. 



"Semua TCOE sedia ada dan tidak digunakan yang akan luput pada atau selepas 7 April 2020  akan dilanjutkan tempoh penggunaannya secara automatik selama tiga bulan," kata LTA.



Bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui COE mereka untuk kenderaan sedia ada,  Kuota Premium Semasa (PQP) akan berdasarkan purata (Kuota Premium) bagi tiga bulan terakhir mengikut sesuatu sesi bidaan itu diadakan. 



Disebabkan penggantungan bidaan untuk April dan Mei, PQP bagi Mei dan Jun 2020 akan berdasarkan purata QP bagi sesi bidaan yang dijalankan pada Januari, Februari dan Mac 2020. 



Kata LTA, ia akan memaklumkan tentang sesi bidaan mendatang. 



Selari dengan pendekatan pemutus rantaian jangkitan, kaunter khidmat pelanggan LTA dan e-Lobi di Sin Ming Drive akan terus digantung sehingga 1 Jun.



Orang ramai bagaimanapun masih boleh memanfaatkan laman OneMotoring (www.onemotoring.com.sg).



Bagi kereta privet yang perlu menjalani pemeriksaan, LTA berkata jadualnya akan ditangguhkan selama enam bulan bagi pemilik kereta yang jadual pemeriksaannya jatuh dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan atau dalam lingkungan tiga minggu dari tarikh tamat tempoh berkenaan, yakni antara 2 Jun dan 21 Jun, meliputi kedua-dua hari tersebut.



Bagi memudahkan penggunaan berterusan kereta, LTA "akan membenarkan cukai jalan untuk kereta privet sedemikian diperbaharui untuk enam bulan jika mereka punya pelindungan insurans yang sah." 



Kenderaan barangan, bas, teksi, kereta sewa privet dan motosikal masih perlu menjalani pemeriksaan seperti dijadualkan, dan Pusat Pemeriksaan Diiktiraf akan kekal dibuka untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >