Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA naikkan deposit bidaan COE bagi motosikal

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



DEPOSIT bidaan bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) motosikal akan dinaikkan kepada $800, daripada $200 sebelumnya.



Kesahihan COE itu akan dikurangkan sebanyak separuh kepada tiga bulan, menurut kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Menurut LTA, perubahan tersebut boleh menggalakkan "tingkah laku pembidaan yang berhemat".



Perubahan kepada proses bidaan bagi COE motosikal diumumkan selepas beberapa pihak melobi perubahan itu disebabkan premium COE yang tinggi.



Perubahan itu akan dilaksanakan bermula tender kedua bulan ini yang akan diadakan minggu depan.



Harga COE motosikal telah melonjak kepada paras rekod tinggi sejak beberapa tahun lalu, dan mencapai harga tertinggi $11,400 pada tender terkini Rabu lalu.



Wakil industri berulang kali berkata perdagangan spekulatif oleh pengedar besar bertanggungjawab terhadap kenaikan harga yang mendadak dan berterusan.



Memandangkan deposit bidaan hilang apabila dealer gagal mendaftarkan motosikal dengan COE terjamin, mereka telah mencadangkan deposit bidaan yang lebih tinggi untuk menghalang perbuatan sebegini.



Tempoh kesahihan COE selama tiga bulan yang lebih pendek akan mengekang spekulasi memandangkan pembida mempunyai tempoh lebih pendek bagi mendapatkan pembeli tulen.



Menurut LTA, deposit bidaan COE hanya akan terbatal sekiranya COE sementara (TCOE) yang dikeluarkan kepada setiap pembida yang berjaya, tidak digunakan untuk mendaftar motosikal sebelum ia tamat tempoh, kata LTA.



"TCOE yang tidak digunakan untuk mendaftar motosikal dalam tempoh tiga bulan akan dibatalkan dan dipulangkan ke kumpulan pembidaan pada suku COE berikutnya.



"Ini akan membolehkan TCOE yang tidak digunakan dipulangkan ke pasaran dengan lebih cepat," jelas LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >