Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA: oBike alih basikal kongsian dari ruang awam pada 4 Julai

Jun 28, 2018 | 07:37 PM



Syarikat perkongsian basikal oBike, yang menutup operasi secara mendadak awal minggu ini, telah diberikan tarikh 4 Julai (2018) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mengalihkan basikalnya dari ruang awam. 



Basikal kongsian, dengan jumlah hampir 14,000, kini masih boleh didapati seluruh pulau tetapi tidak dapat disewa kerana oBike telah berhenti beroperasi Isnin lalu. 



Menurut kenyataan LTA hari ini, ia telah bertemu dengan wakil-wakil oBike semalam dan mengarahkan oBike untuk bekerjasama dengan liquidator untuk mengumpulkan basikal mereka dalam masa seminggu. 



Jika gagal, pihak berkuasa akan bercampur tangan dan mengalihkan basikal-basikal tersebut secara progresif. 



LTA dan Persatuan Pengguna Singapura (Case) juga menyatakan bahawa mereka telah “menekankan kepada oBike pentingnya mengembalikan pengguna wang deposit mereka yang diberikan kepada syarikat tersebut.” 



CASE berkata ia telah menerima lebih daripada 770 aduan dari pengguna yang meminta pengembalian deposit mereka- sehingga $49- dari oBike. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >