Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA perluas ujian bayar guna kad Visa, Nets bagi bas, tren

Dec 01, 2018 | 05:30 AM



PARA pemegang kad Nets dan Visa tidak lama lagi boleh membayar tambang bas dan MRT menggunakan kad bank tanpa sentuhan itu.



Ini setelah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) meluaskan ujian perintis mulai bulan ini, menurut kenyataan bersama LTA, Nets dan Visa semalam.



Sejak Mac tahun lalu, ujian menjalankan sistem tiket berdasarkan akaun (ABT) bersama kad Mastercard berjaya dilaksanakan.



Tambang MRT dan bas itu akan dimasukkan dalam bil kad kredit atau debit seperti urus niaga jual beli tanpa sentuhan yang dibayar di kedai-kedai runcit.



Peluasan itu yang akan melibatkan pemegang kad Visa dan Nets akan membaiki pelbagai penggunaan kad itu sebelum LTA memperkenalkan kad bank tanpa sentuhan bagi semua penumpang.



"Saya yakin ujian Visa dan Nets akan membantu mengemas kini sistem ABT sebelum kami melancarkannya kepada awam di masa hadapan,'' ujar ketua eksekutif LTA, Encik Ngien Hoon Ping, dalam kenyataannya.



Mulai Isnin ini, penumpang yang mempunyai kad bank tanpa sentuhan Nets dengan DBS/POSB, OCBC dan UOB yang berminat menyertai ujian itu boleh mendaftar di www.nets.com.sg/netsintransit.



Satu kajian dijalankan syarikat kad Visa, mendapati tujuh bagi setiap 10 rakyat Singapura bersetuju bahawa faedah utama menggunakan pembayaran tanpa sentuhan ialah kemudahannya, menurut pengurus negara Visa bagi Singapura dan Brunei, Encik Kunal Chatterjee.



Ini kerana mereka tidak perlu memerlukan wang tunai atau menokok kad nilai tersimpan bagi membayar tambang mereka.



Sejak diperkenalkan Mac tahun lalu, lebih 100,000 penumpang telah melakukan 26 juta perjalanan atau purata lebih 50,000 perjalanan sehari menggunakan sistem ABT.



Pengguna Mastercard yang berminat menyertai ujian ABT Mastercard akan dapat terus melakukannya menerusi Gerbang ABT TransitLink atau aplikasi bimbit.



Cik Zalina Sufri, 43 tahun, yang menaiki MRT hampir setiap hari dari Jurong East ke Paya Lebar, tidak sabar untuk menggunakan kad Nets atau kad kreditnya bagi membayar tambang.



"Penggunaan kad Nets atau kad kredit lebih mudah kerana saya tidak bimbang jika kad nilai tambang saya hampir habis nilainya dan perlu ditokok tunai. Ia memudahkan kita semua kerana tambang akan terus dipotong dari kad," kata penyelia sebuah syarikat logistik itu.



"Penggunaan kad Nets atau kad kredit lebih mudah kerana saya tidak bimbang jika kad nilai tambang saya hampir habis nilainya dan perlu ditokok tunai. Ia memudahkan kita semua kerana tambang akan terus dipotong dari kad.''
- Cik Zalina Sufri, yang menaiki MRT hampir setiap hari dari Jurong East ke Paya Lebar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >