Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA, rakan kongsi kerja rapat pastikan cabaran peroleh bahan dihurai

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



Kekurangan cip mikro dijangka berterusan hingga 2022 dan pemulihan dalam pengeluaran cip mikro dijangka berlaku secara beransur dari hujung 2022 hingga pertengahan 2023, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Ia juga sedang bekerjasama dengan kontraktornya, NCS Pte Ltd (NCS) dan Mitsubishi Heavy Industries Asia Pacific Pte Ltd (MHI), untuk memulakan pengeluaran unit dalam kenderaan (OBU) bagi sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) generasi seterusnya serta membuat persediaan bagi pemasangannya.



Dalam satu kenyataan semalam, LTA berkata pengeluaran OBU tergendala dek pandemik Covid-19 yang menjejas penghasilan cip mikro di pelbagai negara.



Bahagian-bahagian OBU perlu diperoleh daripada pembekal berbeza dan sebahagian daripada mereka mengatakan mereka tidak dapat memenuhi jadual penghantaran yang diperlukan bagi komponen kritikal, jelas pihak berkuasa tersebut.



"Memandangkan ketidaktentuan dalam rantaian bekalan dan agar pemasangan bermula hanya apabila pengeluaran OBU stabil dan mencukupi, pelaksanaan pemasangan OBU kini dirancang dimulakan pada separuh kedua 2023," kata LTA.



Pihak berkuasa akan memantau kesan Covid-19 terhadap garis masa pemasangan OBU dan buat masa ini, sistem ERP sedia ada akan terus beroperasi.



Sementara itu, Presiden MHI Machinery Systems, syarikat kumpulan MHI yang terlibat sama dalam pembuatan OBU, Encik Naoaki Ikeda, berkata:



"Kami kekal komited meneruskan pembuatan OBU secepat mungkin dan sedang bekerjasama rapat dengan rakan kongsi rantaian bekalan kami untuk mendapatkan komponen terjejas dan melindungi ketersediaan komponen-komponen tersebut bagi latihan pemasangan kelak."



Dalam pada itu, ketua pegawai operasi LTA, Encik Ng Lang, meminta pemahaman para pemandu dan menekankan bahawa LTA bekerjasama rapat dengan rakan kongsinya untuk memastikan cabaran pembuatan yang disebabkan pandemik ini dapat dihuraikan.



"Keutamaan kami adalah memastikan latihan pemasangan berjalan lancar.



"Kami akan beri notis waktu yang mencukupi kepada pemandu dan industri kenderaan sebelum latihan pemasangan itu nanti," ujar beliau.



Menurut LTA, OBU pertama akan dipasang secara percuma bagi kenderaan berdaftar di Singapura sedia ada.



Sistem ERP baru dilengkapi dengan lebih banyak fungsi berbanding IU yang ada sekarang.



Selain memaparkan maklumat mengenai lokasi serta bayaran yang akan dikenakan bagi pemandu, OBU akan memberikan maklumat terkini keadaan jalan raya masa nyata serta lokasi Zon Sekolah dan Zon Warga Emas (kawasan memperlahan kelajuan kenderaan) yang berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >