Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA rampas e-skuter wanita kerana tunggang bersama anak di jalan raya

Feb 02, 2017 | 02:27 PM



E-SKUTER seorang wanita dirampas kerana beliau menunggangnya bersama anaknya di jalan raya.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkongsi tentang kejadian itu pada laman Facebook dan Twitternya pada Khamis (2 Feb).



Pegawai Penguatkuasaan Mobiliti Aktif ternampak wanita tersebut menungang peranti mobiliti peribadi (PMD) itu di Edgefield Plains semasa operasi penguatkuasaan rutin mereka.



LTA tidak berkata bila kejadian itu berlaku.



Menyatakan tindakan wanita itu mengancam nyawanya dan anaknya, LTA menambah: "Kami ingin mengingatkan semua penunggang e-skuter bahawa menunggang PMD di jalan raya adalah satu kesalahan, dan hanya basikal dan basikal kuasa elektrik yang diluluskan LTA dibenarkan.



"Kami akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sembarang penunggang yang didapati melanggar undang-undang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >