Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA, SBS Transit anjur latihan kecemasan

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



SATU latihan untuk menguji tindak balas pada pusat pengangkutan awam semasa keadaan kecemasan akan dijalankan di Laluan Downtown (DTL) Stesen MRT Newton 4 Februari ini.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit dalam satu kenyataan semalam berkata latihan sepanjang enam jam itu diberi nama Exercise Station Guard 2018, lapor The Straits Times.



Ia bertujuan mengesahkan langkah keselamatan SBS Transit dan pelan pelaksanaan darat di pusat-pusat pengangkutan awam semasa berlaku ancaman keselamatan.



Latihan itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang, dan ketika ia dijalankan pintu tambang di Pintu Keluar C (Exit C) DTL di Stesen MRT itu akan ditutup.



Para penumpang sebaliknya akan diarah ke pintu tambang yang terletak di Pintu Keluar A sebelum dikenakan pemeriksaan keselamatan.



Pengendali pengangkutan awam itu menasihatkan penumpang agar mengelakkan daripada membawa beg besar dan memperuntukkan masa perjalanan tambahan disebabkan pemeriksaan keselamatan tersebut.



Barang-barang yang dibawa penumpang akan diimbas menggunakan mesin X-ray dan mereka perlu melalui alat pengesan logam sebelum memasuki pintu tambang.



LTA menasihatkan penumpang supaya mengikut arahan pegawai keselamatan semasa menjalani pemeriksaan.



Pintu masuk dan keluar dari Stesen MRT Newton di Laluan Utara-Selatan (NSL) tidak akan terjejas oleh latihan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >