Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA siasat gangguan 7 jam di MRT Laluan Downtown

May 04, 2017 | 02:25 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang menjalankan siasatan terhadap insiden MRT Laluan Downtown yang tergendala khidmatnya selama tujuh jam semalam.



Tempoh gangguan itu merupakan yang paling lama dialami oleh laluan MRT terbaru Singapura itu.



Kejadian yang melibatkan sekurang-kurangnya 10,000 penumpang itu berlaku antara tempoh permulaan khidmat dengan masa makan tengah hari.



Gangguan tersebut dikesan berpunca daripada beberapa pintu yang rosak di stesen Botanic Gardens.



Sementara itu, sebuah pintu masih belum beroperasi hari ini, sekitar 30 jam selepas kerosakan tersebut dikesan.



Kementerian Pendidikan (MOE) pula sedang memeriksa jika sebarang pelajar terlewat mengambil peperiksaan akibat insiden tersebut.



Pintu-pintu terbabit itu dipercayai rosak ekoran gangguan elektrik.



Ia merupakan insiden kerosakan ketiga melibatkan pintu di Laluan Downtown dalam tempoh tujuh bulan lalu.



Pintu itu dibekalkan oleh syarikat Perancis, Faiveley Transport, yang enggan mengulas tentang kejadian berkenaan. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >