Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA siasat kes 'pecutan tidak dirancang' kereta Hyundai

LTA
May 17, 2016 | 07:47 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyiasat fenomena yang dikenali sebagai pecutan tidak dirancang mengejut (SUA) pada kereta Hyundai, yang mungkin menyebabkan beberapa kemalangan melibatkan teksi di Singapura.



Langkah itu timbul daripada rakaman oleh kamera kereta yang menunjukkan teksi Hyundai kendalian ComfortDelGro dalam kemalangan dramatik yang mencadangkan pemandu tidak dalam kawalan kenderaan mereka pada masa itu.



Dalam satu video, teksi berundur cepat dan melanggar kereta yang diletak di tempat letak kereta HDB. Ia kemudian bergerak ke depan, tetapi berundur semula dan menaiki bebendul jalan lalu melanggar sebuah blok flat.



Dalam satu lagi video, teksi berundur dan melanggar sebuah kenderaan berhampiran sebuah gantri tempat letak kereta, kemudian memecut ke depan dan bertembung lebih daripada sebuah kenderaan.



Sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, LTA berkata ia sedang "menyiasat kes yang dilaporkan kenderaan Hyundai mengalami pecutan tidak dirancang semasa dalam gear undur".



Tetapi seorang jurucakap berkata "terlalu awal untuk membuat sembarang kesimpulan pada masa ini".



Kes SUA telah didokumentasikan dengan baik, walaupun tidak semua boleh dibuktikan sebagai disebabkan oleh mekanikal. Ada boleh dikaitkan dengan pemandu tersilap memijak pemecut dan bukannya pedal brek dan, dalam keadaan panik, menekan pemecut selanjutnya.



BusinessKorea, sebuah portal berita di Seoul, melaporkan 417 kemalangan antara 2010 dan 2014 disyaki disebabkan oleh SUA.



Kereta Hyundai dan Kia membentuk hampir 60 peratus daripada kes itu, lapornya.



Pada 2014, siasatan mendalam oleh Sistem Penyiaran Korea mendapati versi Hyundai Sonata mempunyai unit kawalan enjin rosak yang menyebabkan SUA.



Sementara itu, ComfortDelGro dan pengedar Hyundai, Komoco, enggan mengulas mengenai kes serupa SUA di Singapura itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >