Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA siasat video pegawai tendang penunggang PMD sehingga tercampak

Dec 11, 2019 | 05:40 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyiasat satu kejadian di mana seorang pegawainya dirakam menendang penunggang e-skuter di persimpangan trafik sehingga penunggang tersebut tercampak ke laluan pejalan.



Dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebook SG Road Vigilante, beberapa pegawai penguatkuasa LTA dilihat berada di persimpangan jalan di Bedok Reservoir Road pada sekitar 7 malam semalam (Selasa, 10 Dis).



Mereka dikerahkan ke sana untuk memantau pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) yang melanggar undang-undang.



Salah seorang daripada mereka dirakam berlari di laluan dua-hala itu sedang seorang penunggang e-skuter menghampirinya pada kelajuan yang agak laju.



Apabila penunggang itu mendekati persimpangan tersebut tanpa mengurangkan kelajuannya, pegawai tersebut menendangnya dari tepi sehingga beliau hilang kawalan dan terjatuh, lapor The Straits Times.



PMD tidak dibenarkan di jalan raya atau laluan pejalan kaki.



Difahamkan pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >