Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegenjotan di NSL

LTA: Sistem pam air rosak di stesen MRT Bishan sebab terowong banjir

Oct 08, 2017 | 06:32 PM



Sistem pam air yang rosak di stesen MRT Bishan menyebabkan air bertakung dalam terowong, yang menyebabkan khidmat kereta api di laluan Utara-Selatan (NSL) terjejas hampir 21 jam bermula petang Sabtu (7 Oktober).



Dalam kenyataan media pada Ahad (8 Oktober), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata siasatan awal menunjukkan air hujan memasuki terowong menerusi pembukaan terowong berhampiran stesen MRT Bishan, dari mana landasan darat memasuki bawah tanah.



Menurut jurucakap LTA, air hujan yang bertakung di longkang ribut akan dikeluarkan oleh sistem pam dalam keadaan biasa.



"Semalam, sistem pam air rosak, menyebabkan air hujan melimpah keluar dari longkang ribut dan memasuki terowong, sebelum bertakung di tempat paling rendah dalam terowong, iaitu antara stesen Bishan dengan Braddell," kata jurucakap LTA.



Lantaran itu, SMRT memutuskan bekalan kuasa elektrik ke landasan dengan serta-merta, satu langkah keselamatan. Sistem pam kini telah diperbaiki.



Sistem pam dalam terowong di sepanjang NSL dan laluan Timur-Barat (EWL) juga telah diperiksa, tambah jurucakap itu.



Siasatan lanjut berkenaan sebab kegenjotan itu sedang dijalankan. Kegenjotan itu menjejas ribuan penumpang yang menggunakan keretapi di NSL dari Ang Mo Kio ke Marina South Pier bagi tempoh lebih empat jam pdaa malam Sabtu.



Menambah kepada kekecohan adalah kebakaran yang berlaku di landasan antara stesen Marina Bay dengan Raffles Place. LTA berkata kebakaran itu tidak berhubung kait dengan insiden lebih awal dan ia sedang menyiasat puncanya.



Walau kebanyakan khidmat kereta pi kembali pulih pada Sabtu, khidmat dua hala antara Newton dengan Ang Mo Kio hanya disambung semula sekitar 1.50 petang pada Ahad.



Menurut LTA, pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), agensi air negara (PUB) bekerja semalaman dengan pegawai dari LTA dan SMRT untuk mengeluarkan air, dengan pengendali pengangkutan SBS Transit turut bersedia menyokong usaha pemulihan.



 "Peralatan di landasan yang terjejas telah diperiksa, dibersihkan, digantikan dan diuji sebelum khidmat penumpang disambung semula," kata LTA.



Semasa tempoh kegenjotan, khidmat bas percuma disediakan bagi menghubungkan stesen MRT yang terjejas, dengan lebih 40 bas dari SMRT dan SBS Transit dihantar ke tempat yang terjejas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >