Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA: Tempat letak kereta tepi jalan diubah jadi tempat letak basikal

Oct 19, 2019 | 12:35 PM



PEKERJA yang menunggang basikal di kawasan pusat bandar (CBD) akan dapat mencari tempat meletak basikal dengan lebih senang.





Dua tempat meletak kereta tepi jalan di Jiak Chuan Road di kawasan Chinatown akan diubah menjadi tempat meletak basikal buat lebih kurang 20 basikal pada jujung November, lapor The Straits Times (ST).



Dalam siaran Facebook awal hari ini (19 Oktober), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ini sebahagian daripada usaha untuk membina rangkaian berbasikal di kawasan itu.



“Sebahagian daripada rancangan untuk mendorong kaedah mobiliti aktif di kawasan CBD, kami akan mengubah semula beberapa lot tempat meletak kereta di tepi jalan kepada lot letak basikal,” tambahnya.



Dalam surat yang dihantar kepada pemilik dan penyewa rumah kedai berdekatan Jiak Chuan Road, LTA berkata usaha untuk mengubah dua tempat meletak kereta itu akan mengurangkan cara meletak kereta sembarangan di kawasan Chinatown.



LTA berkata keputusan itu disokong Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >