Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA: Tiada bayaran ERP hingga 28 Jun

May 31, 2020 | 05:05 PM



PENGGUNA jalan raya tidak akan dikenakan Bayaran  Elektronik Jalan Raya (ERP) di semua gantri sehingga sekurang-kurangnya 29 Jun. 



Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini (31 Mei), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pihaknya akan menyemak semula kadar ERP - yang telah digantung sejak 6 April - bermula 2 Jun, ketika Singapura melonggarkan langkah pemutus litar secara berperingkat.



Hasil dari semakan ini akan diumumkan pada minggu keempat bulan depan. 



Mengulas dalam satu catatan Facebook hari ini (31 Mei) Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan berkata:



“Ini akan membantu LTA menentukan kadar ERP yang sesuai. Hasil semakan kadar ERP pertama akan diumumkan pada minggu keempat Jun 2020, dan kadar ERP yang sesuai, jika ada, akan berkuat kuasa mulai 29 Jun 2020.



“Sehingga itu, tiada bayaran ERP akan dikenakan di semua gantri, seperti semasa tempoh pemutus litar.”



LTA telah menjalankan semakan kadar ERP setiap suku tahunan berdasarkan keadaan trafik di jalan raya dan ekspreswe.



Walau bagaimanapun, dengan keadaan Covid-19 yang semakin berkembang, LTA berkata ia akan mengurangkan kekerapan semakan kadar ERP kepada empat minggu sekali.



Ini agar pihaknya dapat menjadi lebih responsif terhadap perubahan keadaan lalu lintas dan menguruskan kesesakan dengan lebih berkesan.



LTA juga akan menyesuaikan kekerapan semakan ini bergantung pada keadaan dan hanya akan kembali menjalankan semakan suku tahunannya seperti biasa - pra Covid-19 - pada waktu yang sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >