Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

LTA tidak benarkan e-skuter diubah menjadi alat bantuan mobiliti peribadi

Nov 14, 2019 | 03:03 PM

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran kepada penjual yang mengubah skuter elektrik kepada bantuan mobiliti peribadi (PMA) dengan menambahkan tayar ketiga dan mengurangkan kelajuan alat itu.

“Penjual tidak bertanggung jawab” seperti mereka boleh membuat alat itu tidak selamat, kata LTA di Facebook semalam (13 November). Kenyataan itu ekoran iklan dalam talian yang menawarkan jalan keluar bagi pengguna e-skuter yang terkesan akibat pengharaman menggunakan alat itu di pejalan kaki awam.

PMA tidak terjejas dengan pengharaman itu.

LTA berkata: “Mereka adalah penjual tidak bertanggung jawab kerana perubahan itu akan menjejas sistem elektrikal dan mekanikal alat itu serta struktur, melampaui sijil keselamatannya, dan yang penting sekali, membahayakan kedua-dua pengguna dan orang awam.

“LTA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang dengan sengaja tidak hiraukan kriteria yang ditetapkan dan mereka yang melakukan perubahan tidak bertanggung jawab itu.”
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian