Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

LTA tubuh anak syarikat urus projek rel laju bahagian Singapura

Sep 21, 2017 | 06:22 PM

SEBUAH anak syarikat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah ditubuhkan untuk menguruskan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bahagian Singapura.

Menurut kenyataan LTA hari ini, SG HSR Pte Ltd – anak syarikat milik penuh LTA – akan menjadi syarikat infrastruktur Singapura bagi projek tersebut.

SG HSR akan membina, memiliki, membiayai dan menyenggara infrastruktur awam di Singapura, termasuk stesen HSR di Jurong East, terowong dan sebahagian jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara di atas Selat Johor.

Syarikat itu akan bekerjasama dengan MyHSR Corp – sebuah unit di bawah Kementerian Kewangan Malaysia – untuk sama-sama melantik syarikat aset dan pengendali antarabangsa menerusi tender antarabangsa yang adil dan terbuka.

Anak syarikat LTA, yang akan mempunyai modal saham awal sebanyak $1 juta, akan juga mentadbir pelbagai konsesi apabila perkhidmatan kereta api itu bermula.

“Memandangkan ini merupakan projek jangka panjang, dengan fasa pembinaan dianggarkan mengambil masa lapan tahun sebelum perkhidmatan bermula, SG HSR dijangka menerima sokongan dana daripada pemerintah di peringkat awal selepas ia ditubuhkan,” kata jurucakap LTA.

Sementara itu, Ketua Eksekutif LTA, Encik Ngien Hoon Ping, berkata:

“SG HSR akan memberi tumpuan pengurusan yang lebih kukuh dan sumber yang didedikasikan khas untuk menangani kerumitan projek itu dan memenuhi garis masa menyiapkan projek itu menjelang 2026.”

Tambahnya, SG HSR akan bekerja dengan bimbingan rapat LTA dan Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pengerusi LTA, Encik Alan Chan, akan juga menjadi pengerusi lembaga pengarah SG HSR, sementara Timbalan Pengerusi LTA, Encik Richard Lim, akan berkhidmat sebagai timbalan pengerusi syarikat itu.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >