Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA uji lampu isyarat tanpa sentuh

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



LAZIMNYA, pengguna jalan raya perlu menekan butang untuk mengaktivasikan isyarat 'lelaki hijau' di lampu isyarat bagi menyeberangi jalan.



Namun di dua tempat penyeberangan jalan, seseorang itu hanya perlu melambai tangan untuk mengisyaratkan hasratnya untuk menyeberangi jalan raya.



Sebagai sebahagian daripada percubaan enam bulan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), butang tanpa sentuh telah dipasangkan di Jalan Besar, berdekatan dengan Syed Alwi Road, dan Tampines Street 86, berhampiran dengan Blok 879A.



Lebih banyak butang tanpa sentuh juga akan dipasang di tiang lampu isyarat di kawasan penyeberangan jalan menjelang akhir bulan ini di Bukit Batok Street 32, berdekatan dengan Sekolah Rendah St Anthony's serta Yishun Street 21, berhampiran dengan Blok 219.



Timbalan pengarah trafik, jalan dan pencahayaan kemudahan penumpang LTA, Encik Jerry Heng berkata butang tekan yang ada sekarang telah menjadi rosak kerana digunakan berlebihan.



Ini menyebabkan butang itu tidak dapat menghantar isyarat semasa ditekan atau tersendat.



Butang yang lebih lama memerlukan lebih banyak usaha penyenggaraan dan dengan lebih 11,000 butang dipasang di 2,400 lampu isyarat, ini bermakna banyak kerja harus dibuat.



Ekoran salah tanggapan bahawa setiap penekanan butang itu akan menjadikan lampu isyarat berubah untuk pejalan kaki lebih cepat, telah menyebabkan butang lebih cepat usang dan rosak, sekali gus mengurangkan jangka hayatnya dianggarkan sekitar 15 tahun hingga 20 tahun. Justeru dengan alat tanpa sentuh ini, ia lebih mudah disenggarakan dan dipercayai, lantas menjimatkan kos dan tenaga kerja pada jangka masa panjang.



Ia juga dapat mengurangkan penyebaran Covid-19 dan penyakit lain, dengan percubaan serupa dijalankan di Australia dan Canada sejak beberapa tahun lalu, untuk tujuan ini.



Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan November tahun lalu bahawa percubaan butang tanpa sentuh di Melbourne menerima maklum balas positif dan menarik minat dari New Zealand, Ireland dan Singapura.



Kata Encik Heng, bagi memastikan kos percubaan itu rendah, butang tanpa sentuh yang diuji di sini adalah yang diubah suai daripada butang asal.



Laporan ABC berkata butang diuji di Australia berharga A$320 ($305), sekitar A$100 lebih mahal daripada butang sekarang.



Namun LTA akan menghasilkan bentuk yang baru jika percubaan sekarang berjaya.



Tambah Encik Heng, LTA akan meneliti jika pengesan dalam butang tanpa sentuh itu cukup sensitif dan boleh tahan cuaca di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >