Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA uji sistem baru kesan kenderaan terlalu berat di jalan raya

Sep 14, 2018 | 05:00 PM



 





PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang menguji   teknologi baru untuk mengesan kenderaan yang memunggah barangan yang lebih berat daripada dibenarkan – satu isu berpanjangan bagi kenderaan komersial.



Dengan kerjasama bahagian Sistem Infokom di ST Elektronic,  LTA sedang menguji sistem mengesan-berat-semasa-bergerak untuk mengenal pasti  kenderaan yang terlalu berat di jalan raya.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap LTA berkata:



“Sistem ujian telah dipasangkan di struktur serupa tiang lampu di Sungei Kadut Street 1, yang dilalui banyak kenderaan yang memunggah barangan.”



“Sistem ini akan mengumpul data dalam tempoh enam hingga sembilan bulan untuk dianalisis. Di akhir ujian ini, LTA akan menilai sama ada sistem ini berkesan dan boleh digunakan untuk menyokong tindakan penguatkuasaan yang sedia ada.”



Peralatan yang sedang dicuba ini termasuk laser penderia dan kamera video yang dihubungkan secara wayarles dengan penderia yang ditanam di jalan raya.



“Apabila penderia laser mengesan kenderaan, ia akan mengaktifkan penderia di jalan raya yang akan mengesan dan menganalisis berat keseluruhan kenderaan itu,” kata jurucakap LTA.



Pengurus kewangan Kim Ee Logistics Cik Nancy Tan berkata: “Saya rasa mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mencegah syarikat daripada mengangkut jumlah barangan melebihi had yang dibenarkan.”



“Langkah ini tidak mendatangkan isu bagi kami, kerana kami telah mengangkut barangan mengikut had yang ditetapkan… kerana anda boleh diheret ke mahkamah kerana kesalahan ini,” katanya.



Encik Michael Wong, yang baru-baru ini bersara sebagai pengurus besar ejen kenderaan komersial Triangle Auto, berkata: “Secara keseluruhannya, saya rasa ia langkah yang baik. Tapi ia boleh menjejas industri binaan.”



Menurut LTA, ia telah mengeluarkan lebih 60,000 saman yang berkaitan kesalahan kenderaan terlalu berat sejak 2014, atau secara purata, lebih 1,000 saman sebulan.



Jurucakapnya berkata jalan raya boleh rosak akibat digunakan selepas tempoh tertentu. Namun,  kenderaan yang terlalu berat boleh menyebabkan kerosakan berlaku lebih cepat atau kerap dan memerlukan lebih banyak penyenggaraan untuk memastikan keselamatan penggunan jalan raya, kata jurucakap itu.



Pemerhati berkata lorong paling kiri di jalan raya utama biasanya lebih berlekak-lekuk kerana ia paling kerap digunakan oleh kenderaan berat, yang perlu kekal di lorong paling kiri.



Ogos lalu, Rang Undang-Undang baru diperkenalkan untuk mengenakan denda lebih berat bagi kesalahan merosakkan prasarana jalan raya. Usulan yang ditimbulkan adalah untuk menaikkan saman maksimum bagi kesalahan sengaja menyebabkan kerosakan,  daripada $10,000 kepada $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >