Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Luah penghargaan kepada pekerja Malaysia di SingPost

Mar 18, 2020 | 10:27 PM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran dan Menteri Kanan Sim Ann berada di pejabat SingPost di Kallang pagi Rabu (18 Mac) untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja Malaysia di SingPost yang memutuskan untuk kekal di Singapura bagi memastikan penerusan perkhidmatan pos di sini.


"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas pengorbanan mereka kerana mereka akan terpisah daripada keluarga mereka dalam tempoh ini.


"Kami juga meluahkan penghargaan kami kepada pengurusan Singapore Post kerana segera tampil dan melakukan bahagian mereka dengan menyediakan penginapan sementara bagi menyokong pekerja terjejas.


"Pemerintah akan terus menyokong syarikat, memantau keadaan dan kesannya, serta mengambil langkah tambahan apabila perlu," kata Encik Iswaran dalam satu kiriman di Facebook.


SingPost membantu lebih 400 pekerjanya yang berasal dari Malaysia untuk tinggal di tiga hotel yang berbeza di Singapura, setelah kawalan pergerakan di seberang tambak berkuat kuasa.


Kakitangan yang bekerja di cawangan Kallang akan menginap di Holiday Inn selama dua minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >