Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN (NDP) 2019 (3 HARI LAGI)

Luahan Ramli Sarip buat pertiwi: 'Majulah Singapura'

Aug 07, 2019 | 05:30 AM



Singapura bakal menyambut ulang tahun ke-54 tiga hari lagi. Di sebalik tabir menjayakan acara gah itu, banyak persiapan perlu dilakukan. Ramai sudah menyumbang masa dan tenaga bagi memastikan semuanya berjalan lancar menjelang 9 Ogos. Tahun ini, dua artis Melayu mapan, Ramli Sarip dan Rahimah Rahim, bakal meminjamkan suara semasa NDP 2019. Ini kali pertama Ramli Sarip terlibat dalam NDP sementara Rahimah Rahim bakal menjayakan NDP ketiganya. Ikuti laporan berikut.



WALAUPUN sudah lebih empat dekad menceburi dunia seni, penyanyi rok masyhur Ramli Sarip belum pernah menjejaki pentas persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Namun, pada 9 Ogos ini, suaranya bakal bergema di Padang.



Beliau akan menyanyikan lagu kebangsaan Majulah Singapura bersama ribuan penonton dalam penutup perbarisan tahunan itu.



Sebelum itu, beliau akan melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu Singapura Kita (Our Singapore) bersama penyanyi lain.



"Saya amat menghargai peluang yang diberi dan juga berbesar hati kerana dapat berkongsi saat istimewa pada tahun Bicentennial ini.



"Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan diberikan peluang membuat persembahan istimewa seperti ini.



"Persembahan ini amat bermakna dan tidak akan saya lupakan, apatah lagi dikongsi bersama ribuan warga Singapura,"ujarnya, ketika diwawancara di Padang pada 13 Julai lalu.



PELUANG KEEMASAN



Beliau juga berkongsi bagaimana beliau secara tidak langsung mencadangkan dirinya menyanyikan lagu kebangsaan dalam penutup NDP.



Usulan itu bermula pada hari rakaman lagu Singapura Kita.



Selepas sesi rakaman, beliau bertanya kepada Sydney Tan, pengurus muzik NDP 2019, jika dirinya boleh menyanyikan lagu kebangsaan.



Beliau mencadangkan Encik Tan bermain piano dan beliau sendiri menyanyikan lagu ciptaan Allahyarham Zubir Said itu.



"Apabila menyanyikan lagu Majulah Singapura, perasaan blues dapat dirasakan.



"Sejak itu, Sydney pun memberitahu pihak tertentu tentang kejadian itu. Daripada situ, saya dapat menyanyikan lagu kebangsaan Singapura.



"Jika waktu remaja, kita nyanyi begitu sahaja, tanpa luahan rasa. Kini, selepas mendalami huraian seni katanya secara mendalam, simboliknya adalah ia ibarat doa.



"Setiap kali lagu kebangsaan sesebuah negara dimainkan, kita kena berdiri dan tak boleh bercakap.



"Justeru, apabila kita menerima peluang sebegini (menyanyikan lagu kebangsaan sendiri), ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang menyentuh rohani," ujarnya.



Malah, beliau berkata persembahan sempena Bicentennial Singapura itu amat bermakna buat dirinya.



Sebabnya, beliau sendiri menyaksikan apabila Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965.



"Perjalanan Singapura ini sangat unik. Saya juga melalui zaman perkembangan pesat Singapura.



"Saya sendiri menyaksikan persembahan Merdeka pada waktu itu. Saya amat menghargai peluang yang diberi," ujarnya.



SELANJUTNYA



Selain NDP, Encik Ramli akan membuat persembahan dalam acara Qasidah Night di Istana Budaya, Kuala Lumpur, bulan depan.



Encik Ramli akan beraksi antara lain di samping penyanyi masyhur Malaysia Dato Sri Siti Nurhaliza; kumpulan nasyid Raihan; dan Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif.



"Setiap persembahan ada saat istimewanya dan juga tema berbeza. Itulah yang bagi saya istimewa sebab ia bukan seperti pertunjukan biasa," ujarnya.



Akhir kata, beliau mengongsi perangsang kepada belia yang mahu bergiat dalam bidang seni.



Belia harus bekerja keras jika ingin mengecapi sesuatu yang diinginkan dan sentiasa rendah hati.



"Bakat sahaja tidak mencukupi. Mereka harus mempunyai faktor 'X'. Mereka juga harus ada disiplin. Restu daripada ibu bapa juga penting," ujarnya.




"Jika waktu remaja, kita nyanyi begitu sahaja, tanpa luahan rasa. Kini, selepas mendalami huraian seni katanya secara mendalam, simboliknya adalah ia ibarat doa.

Setiap kali lagu kebangsaan sesebuah negara dimainkan, kita kena berdiri dan tak boleh bercakap. Justeru, apabila kita menerima peluang sebegini (menyanyikan lagu kebangsaan sendiri), ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang menyentuh rohani."

- Ramli Sarip.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >