Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Luang masa lebih istimewa bersama keluarga

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



JADIKAN masa bersama keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut:



BELAJAR: PENGEKODAN DAN MEREKA APLIKASI SENDIRI



Syarikat Apple telah memperkenal satu lagi sesi pengekodan percuma bagi kanak-kanak di kedainya di Orchard Road, Marina Bay Sands dan Lapangan Terbang Changi Jewel.



Program 'Coding Lab For Kids: Code Your First App' merupakan sebahagian daripada program Apple yang menawarkan sesi percuma setiap hari.



Sepanjang sesi selama sejam itu, murid-murid daripada usia 10 tahun dan ibu bapa mereka dapat menghasilkan secara sekeluarga dengan aplikasi Swift Playgrounds dengan menggunakan iPad.



Mereka akan mempelajari bagaimana membuat koding dan mereka aplikasi sebelum menghiasnya dengan teks, warna latar yang menarik dan sebagainya.



Alat iPad akan diberikan.



Untuk melihat masa sesi dan cara mendaftar, anda boleh lungsuri laman www.apple.co/code-your-first-app-sg



Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas juga boleh mendaftar untuk program 'Coding Skills: Getting Started With Swift Playgrounds', satu lagi sesi Apple yang memperkenal bahasa pemprograman Swift dan konsep asas menerusi permainan interaktif.



BACA: BUKU BERJUDUL 'NAMA SAYA RIZ. SAYA ADA PENYAKIT MOTOR NEURON'



Riz Sunawan, atau nama sebenarnya Asri Sunawan, dapat menghasilkan buku yang bakal dilancarkan pada Pesta Buku



Melayu Singapura (PBMS) tidak lama lagi.



Buku dwibahasa yang berjudul Nama Saya Riz: Saya Ada Penyakit Motor Neuron diilhamkan oleh penulis tempatan Cik Hidayah Amin, yang telah juga mencetak empat buku lain dalam siri Saya Nik sebelum ini untuk menyebarkan kesedaran terhadap penyakit lain seperti autisme, palsi serebrum, diabetes jenis 1 dan Sindrom Down.



Kesemua buku ini berdasarkan pesakit sebenar dan, kecuali Riz, kesemuanya pesakit adalah kanak-kanak.



Anda boleh membelinya di Wardah Bookstore, syarikat dalam talian Ungupen, dan Maya Gallery.



BACA: BUKU BERJUDUL  'SECRETS OF SINGAPORE: FABULOUS FOOD'



Buku ini bukanlah buku panduan untuk mengetahui tempat makan terbaik di Singapura seperti yang dilihat pada judulnya.



Tetapi sama ada anda peminat makanan ataupun tidak, anak anda pasti berminat pada buku yang padat dengan fakta menarik dan sejarah mengenai semua perkara yang berkaitan dengan makanan.



Buku itu akan menyoal tentang pengetahuan baru anda mengenai landskap makanan di sini termasuk bilakah syarikat makanan ringan McDonald's membuka cawangan pertamanya di Singapura (1979), jalan raya mana di Singapura yang dinamakan sempena buah durian (Lorong Lew Lian) dan apakah maksud 'dapur awan'.



Penulis Angele Lee meneruskan cara penulisan judul lain dalam siri yang sama 'Secrets of Singapore', menjadikannya lebih mudah difahami kanak-kanak.



Ia juga dihiasi dengan ilustrasi daripada Elvin Ching.



Dapatkan buku berharga $14,90 daripada kedai buku dalam talian Epigram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >