Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Luaskan takrif jaya: Presiden Halimah

Liputi yang berbakat dalam bidang berbeza; ambil laluan panjang capai sasaran, miliki daya tahan dan kerja keras
Oct 06, 2019 | 05:30 AM



DI sebalik meraikan kemajuan masyarakat Melayu/Islam dan menggalak budaya pembelajaran sepanjang hayat, masih terdapat banyak perkara meliputi bidang pendidikan dan pekerjaan yang perlu diusahakan bersama.



Menekankan demikian di majlis pelancaran acara tahunan Mendaki, Bulan Raikan Ilmu, Galeri Warisan Mendaki dan Buku Peringatan Mendaki semalam, Presiden Halimah Yacob berkata takrifan kejayaan perlu diperluaskan agar tidak hanya tertumpu pada mereka yang cemerlang secara akademik.



Menurutnya, definisi kejayaan harus juga mencakupi usaha mereka yang mempunyai kebolehan berbeza termasuk golongan yang mengambil laluan lebih panjang bagi mencapai matlamat mereka menerusi kesungguhan dan kerja keras.



Sepertimana katanya di acara yang berlangsung di Wisma Mendaki:



"Kini terdapat lebih banyak peluang bagi anak muda seperti Program Bekerja dan Belajar (ELP) SkillsFuture buat lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



"Ini adalah program perantis yang membawa pada diploma atau diploma lanjutan serta menjamin lanjutan kerjaya lebih baik di samping peluang menimba pengajian tinggi.



"Kita juga memerlukan sokongan berterusan ibu bapa bagi meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dan mewujudkan sekitaran sesuai buat anak-anak mereka. Individu dan keluarga juga perlu merangkul pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat sepenuh hati mereka sebelum ia menjadi nilai utama masyarakat kita."



Puan Halimah juga menarik perhatian bahawa usaha memahami bagaimana penstrukturan semula ekonomi Singapura akan menjejas masyarakat menerusi automasi dan kecerdasan buatan (AI) juga sama penting.



"Teknologi merupakan gangguan utama memandangkan kebanyakan pekerjaan yang kita lakukan kini akan menjadi lapuk tetapi akan terbentanglah banyak peluang baru jika kita memiliki kemahiran dan keupayaan yang relevan.



"Kita perlu pertingkatkan usaha membantu pekerja mengenal pasti bidang pembangunan baru dan membantu memadankan mereka dengan peluang tersebut," katanya.



Raikan Ilmu ditujukan buat pelbagai lapisan masyarakat dengan bermacam acara termasuk membaca bersama keluarga diadakan hari ini di Taman Di Pesisiran.



Galeri Warisan Mendaki pula menjejak perjalanan masyarakat Melayu ke arah kecemerlangan pendidikan dari masa ke masa.



Buku peringatan Navigating Educational Development: Mendaki and the Malays pula meninjau pendakian masyarakat dalam landskap pendidikan dari kaca mata mantan pemimpin masyarakat.



Ia ditulis Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Madya Noor Aisha Abdul Rahman, bersama suaminya, Encik Idris Surattee, seorang pengkaji bebas.



Turut hadir di majlis pelancaran semalam adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, serta Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad.



Mengulas kepentingan Raikan Ilmu, Encik Masagos berkata:



"Jika kita lihat di kebanyakan negara, penduduknya masih lagi terpinga-pinga meraih pencapaian dalam pendidikan. Tapi di Singapura yang sudah maju, kita bukan setakat mendapat pendidikan rasmi, tetapi mempunyai budaya yang mahukan pendidikan sepanjang hayat.



"Ini kerana terdapat perubahan dalam teknologi dan peraturan perdagangan yang berlaku amat pesat sekali. Kita sebagai rakyat Singapura, yang merupakan sebuah negara terbuka, akan meraih manfaat sekiranya kita siap meningkatkan dan merubah kepakaran demi mendapatkan kepakaran baru," katanya.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >