Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lui Tuck Yew dilantik duta ke Jepun

Jun 02, 2017 | 05:30 AM



PEMERINTAH melantik Encik Lui Tuck Yew sebagai duta Singapura ke Jepun dan Encik George Goh Ching Wah sebagai duta bukan pemastautin Singapura ke Maghribi, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.



Encik Lui, 56 tahun, ialah mantan Menteri Pengangkutan dari 2011 hingga 2015 dan pada masa sama Menteri Kedua Pertahanan pada 2015.



Beliau juga mantan Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (Mica) dari 2009 hingga 2011 dan Menteri Kedua Ehwal Luar dari 2011 hingga 2012.



Sebelum menyertai politik, Encik Lui menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dari 2005 hingga 2006.



Beliau juga ketua eksekutif Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) dari 2003 hingga 2005 dan pada masa yang sama, Timbalan Setiausaha (Darat) Kementerian Pengangkutan.



Pada 1999, Encik Lui dilantik Panglima Tentera Laut.



Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kimia dari Trinity College, Universiti Cambridge pada 1983 dan meraih ijazah Sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dari Fletcher School, Universiti Tufts, pada 1993.



Encik Goh, 58 tahun, pula pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ossia International Limited serta Pengerusi Eksekutif Internet Technology Group Limited.



Beliau juga Timbalan Pengerusi Pertama Holdings Limited.



Encik Goh merupakan pengasas tujuh syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dan swasta.



Beliau antara lain dilantik Pengerusi Eksekutif VGO Corporation Limited dari 2002 hingga 2006 dan Pengerusi Eksekutif SGL Capital Investment Management Limited dari 2005 hingga 2010.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >