BAGI meraikan ulang tahun ke-50 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean), penulis dan artis negara, Encik Koh Buck Song, telah menghasilkan 10 lukisan seni haiga mencerminkan setiap negara Asean dalam satu pameran yang sedang berlangsung di sini.
Haiga adalah satu seni tradisional Jepun sejak kurun ke-16 - menggabungkan seni lukisan visual dengan haiku - iaitu sejenis puisi Jepun dalam bentuk tiga baris dengan lima, tujuh dan lima suku kata.