Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan baru poly lebih sukar dapat kerja semasa pandemik tahun lalu : Tinjauan

Jan 12, 2021 | 05:35 PM



LULUSAN baru politeknik berdepan dengan cabaran lebih besar di pasaran kerja tahun lalu di tengah-tengah proses pengambilan pekerja diperlahankan ekoran pandemik Covid-19.



Satu tinjauan pekerjaan yang dikendalikan lima politeknk di Singapura - Politeknik Singapura (SP), Politeknik Ngee Ann (NP), Politeknik Temasek (TP), Politeknik Nanyang (NYP) dan Politeknik Republic (RP) - menunjukkan 87.4 peratus lulusan institusi ini menemui pekerjaan tetap, bebas atau sambilan, dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian, tahun lalu.



Kadar ini merosot berbanding 90.7 peratus lulusan pada 2019 dan 89.5 peratus lulusan pada 2018. 



Pendapatan bulanan kasar atau gaji median dalam kalangan lulusan yang bertugas sepenuh masa ialah $2,400 tahun lalu, sama seperti dalam 2019. Pada 2018, jumlahnya ialah $2,350.



Dalam tempoh tiga tahun lalu, pendapatan bulanan kasar median lulusan dalam bidang kejuruteraan, sains kesihatan dan teknologi maklumat serta digital konsisten lebih tinggi daripada pendapatan semua lulusan.



Peratusan lulusan politeknik yang menganggur juga meningkat sehingga 12.6 peratus tahun lalu berbanding 9.3 peratus pada 2019 dan 10.5 peratus pada 2018.



Namun, pihak politeknik kekal optimistik tentang masa depan ekonomi buat lulusan mereka sambil menyatakan lulusan ini akan "terus memenuhi permintaan industri walaupun wujud pandemik Covid-19".



Dalam kenyataannya pada Selasa (12 Januari), Pengetua NP, Encik Clarence Ti, berkata:



"Lulusan politeknik tahun ini menyertai pasaran kerja dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Covid-19 membawa impak besar pada ekonomi kita.



"Kami gembira ramai lulusan politeknik kami berdaya tahan dan berupaya mendapatkan pekerjaan walaupun dalam tempoh mencabar. Meskipun pandemik ini menjejas segalanya, ada lebih banyak peluang menarik dalam sektor seperti jagaan kesihatan, teknologi infokom, keselamatan siber dan e-dagang."



Beliau yang mewakili jawatankuasa tinjauan pekerjaan lulusan politeknik menambah, kelima-lima institut ini akan terus menyediakan bimbingan kerjaya dan menyokong lulusan dalam membantu mereka mencari pekerjaan dalam bidang latihan mereka atau mengalihkan mereka kepada kerja baru yang dijana.



Sekitar 8,946 daripada sejumlah 11,909 lulusan baru politeknik tahun lalu memberi respons pada tinjauan ini. Turut ditinjau adalah 5,461 daripada 9,619 lulusan 2017 yang telah tamat Perkhidmatan Negara sepenuh masa antara 1 April 2019 dengan 31 Mac 2020.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >