Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan ITE, politeknik dan universiti boleh ambil 4 modul latihan, pendidikan percuma

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



LULUSAN dari universiti autonomi, politeknik dan Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) tahun ini boleh mengambil sehingga empat modul pendidikan dan latihan percuma yang ditawarkan tempat pengajian masing-masing mulai bulan depan.



Kementerian Pendidikan (MOE) berkata langkah itu demi menyokong lulusan setempat dalam memperluaskan kemahiran mereka dan menyediakan mereka laluan merentasi pelbagai sektor di tengah-tengah prospek ekonomi yang tidak menentu.



Tawaran itu merupakan inisiatif yang diperkenalkan tahun lalu oleh MOE, SkillsFuture Singapura dan institut-institut pengajian tinggi.



Kohort tahun ini yang merangkumi lebih 16,000 lulusan universiti dan sekitar 45,000 lulusan ITE dan politeknik boleh memilih modul Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) daripada pelbagai pilihan secara dalam talian atau di lokasi.



Lepasan ITE atau politeknik yang akan menamatkan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa pada 2021 juga layak mengikuti modul tersebut.



Menurut MOE, lebih 1,700 siswazah dari enam universiti autonomi dan 1,300 lulusan ITE dan politeknik daripada kohort 2020 sudah mengikuti modul CET.



Mereka yang belum berbuat demikian masih boleh memanfaatkan modul-modul itu.



ITE dan politeknik akan menawarkan sekurang-kurangnya dua hingga empat modul percuma daripada 1,000 kursus CET, di mana pelajar boleh meraih sijil Nitec dan Nitec Lanjutan atau sijil lanjutan diploma.



Bagi siswazah dari universiti autonomi, mereka boleh memilih hingga empat modul daripada 1,700 kursus.



Untuk maklumat lanjut mengenai modul yang ditawarkan serta sokongan tambahan, sila ke laman institusi tinggi masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >