Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan madrasah boleh cari kerja di luar bidang agama: Maliki

Nov 06, 2018 | 05:30 AM



PELAJAR madrasah mampu mendapatkan pekerjaan dan mempunyai masa depan dalam ekonomi Singapura di luar sektor agama.



Namun, mereka perlu memperluas pilihan serta tidak mengehadkan diri dalam sektor agama sahaja.



Malah, mereka boleh mempelajari kemahiran baru melalui wadah seperti SkillsFuture supaya meraih pendedahan dan kekal relevan.



Demikian menurut Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Beliau ditemui di bengkel SkillsFuture Advice yang diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) Jumaat lalu.



Lebih 30 pelajar madrasah dan sekolah arus perdana menghadiri bengkel anjuran Forum Belia Muslim (MYF), Reach dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East itu.



Dr Maliki, yang kemudian mengadakan sesi dialog tertutup dengan mereka, berkata bengkel itu bertujuan membolehkan golongan muda memahami landskap perkembangan ekonomi dan peluang pekerjaan masa depan.



"Apabila kami berbicara dengan orang muda, salah satu kebimbangan utama mereka ialah apabila selesai sekolah, adakah mereka akan mendapat pekerjaan?" ujarnya.



Pelajar madrasah lazimnya mempunyai persoalan sebegitu ketika pulang ke Singapura setelah menuntut di luar negara seperti di Universiti Al-Azhar, Mesir.



Bagi pelajar prauniversiti tahun kedua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Muhammad Fauzi Haji Moktar, 18 tahun, beliau bimbang jika sukar bagi pelajar sepertinya menceburi bidang luar sektor agama.



Ini disebabkan beliau rasa jalan yang dilalui semua pelajar madrasah hampir sama, iaitu kembali ke sektor agama.



Dr Maliki berkata, pelajar madrasah tidak patut mempunyai pemikiran bahawa latihan sistem pembelajaran madrasah membataskan mereka kepada sektor agama sahaja.



Malah, latihan dalam subjek ukhrawi boleh memberi mereka kelebihan mencapai kecemerlangan dalam sektor lain.



Contohnya, mereka yang meminati bidang kewangan dan perbankan boleh menyumbang kepada sektor itu atau memasuki kewangan Islam.



"Bidang tersebut kurang kepakaran. Pemahaman dalam ilmu agama memberi kelebihan kerana mereka akan memahami konsep tersebut dengan lebih baik," katanya.



Beliau juga berkata mereka yang cemerlang dalam bahasa Arab pula memiliki banyak peluang dalam sektor seperti penterjemahan.



Bagi Cik Nur Humairah Husaini, 23 tahun, yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk, Jordan, beliau ingin menguasai lebih banyak kemahiran.



"Saya mahu tahu tentang peluang yang ada bagi pelajar madrasah daripada segi peluang pekerjaan dalam bidang sekular," ujarnya.



Dr Maliki berkata wadah seperti SkillsFuture antara sumber yang pelajar boleh manfaatkan bagi menimba ilmu dan kemahiran baru seperti pengekodan.



Selain menyediakan latihan, wadah sebegitu membantu golongan muda melihat industri manakah yang kian berkembang.



Antara mereka yang meraih manfaat bengkel tersebut ialah pelajar politeknik, Encik Amirul Hakim Ibrahim, 18 tahun.



Beliau berkata bengkel itu membuka matanya kepada sumber yang disediakan pemerintah bagi membantu mereka mengambil langkah kekal relevan.



Cik Humairah turut berkata beliau baru sedar banyak latihan sudah tersedia seperti penulisan perniagaan yang selama ini beliau cari.



Dr Maliki turut menasihati belia secara umumnya, tidak kira daripada madrasah atau sekolah sekular, bahawa mereka perlu pantas dan cerdas menggunakan kekuatan merebut peluang pekerjaan.



Tidak kira sektor mana, apa yang penting ialah nilai dan kemahiran ditimba yang boleh digunakan dalam sektor berbeza.



"Daya penghasilan ialah kuncinya dan penambahan nilai itu penting. Golongan muda perlu menambah nilai supaya mereka dihargai majikan hingga jika mereka tidak hadir, majikan sukar berfungsi dan bimbang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >