ENCIK Mohamed Fahmi Mohd Moner merupakan lulusan Madrasah Wak Tanjong sebelum beliau melanjutkan pelajaran di Pendidikan Sejagat Institut Pengurusan Singapura (SIM) dalam bidang akauntan di peringkat sarjana muda.
Anak muda berusia 26 tahun itu kemudian bekerja selama beberapa tahun di sebuah syarikat setempat dan ditugaskan di dalam dan luar negara sebelum kontraknya tamat.