Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lumayan tukar pembekal elektrik, dapat jimat sekitar 35%

Mar 14, 2019 | 06:54 PM



JIKA dahulu bil elektriknya menelan belanja sehingga $200 setiap bulan, kini Encik Norazman Hassan hanya perlu membayar antara $128 dengan $131 sebulan sahaja.



Beliau yang bertukar kepada salah sebuah pembekal elektrik lain sejak September tahun lalu mampu berjimat lebih 35 peratus meskipun telah berpindah dari rumah sewa dua bilik ke rumah empat bilik di Jurong yang didiaminya sekarang.



Berkongsi keputusannya menukar pembekal elektrik daripada SP Group, Encik Norazman, 37 tahun, berkata beliau baru balik daripada membeli-belah di pasar raya dan didekati seseorang yang memberinya penjelasan mengenai Pasaran Terbuka untuk Bekalan Elektrik (OEM) serta peluang menukar pembekal elektrik.



"Mereka terangkan semua sekali, apa perubahannya, format bilnya bagaimana. Senang nak faham,” katanya.



Pun begitu, beliau sempat melakukan sedikit kajiannya sendiri dengan membaca tawaran yang diberikan beberapa pembekal elektrik.



Perbandingan antara pembekal dapat dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi laman compare.openelectricitymarket.sg.



Pun begitu, sebelum membuat keputusan, pengguna dinasihati membaca nasihat pengguna dan lembaran fakta yang terdapat bagi pelan harga yang sesuai dengan keperluan mereka. Ini kerana ia mengandungi informasi penting seperti harga, jangka masa kontrak, bayaran penamatan awal dan klausa auto-pembaharuan.



Setelah itu, pengguna boleh menghubungi pembekal yang diinginkan. Maklumat pembekal boleh didapati di www.openelectricitymarket.sg.



Menurut Encik Norazman, beliau tidak perlu melakukan banyak perkara setelah menukar pembekal kerana pembekal elektrik baru yang dipilih telah melakukan segala yang berkaitan penukaran tersebut.



Ini kerana mana sahaja pembekal baru yang dipilih akan berurusan secara langsung dengan SP Group untuk melakukan penukaran tersebut.



Kontrak dengan pembekal baru boleh bermula seawal lima hari bekerja selepas pembekal tersebut memberitahu SP Group mengenai penukaran itu.



Dalam pada itu, sebuah pameran bergerak OEM bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mac ini di Festive Walk East @ Our Tampines Hub.



Orang ramai boleh mengunjungi pameran bergerak tersebut dari 11 pagi hingga 9 malam.



 



5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menukar Pembekal:




  1. Pilihan berada di tangan anda




  • Dapatkan bekalan elektrik daripada pembekal yang sesuai dengan keperluan anda, atau kekal bersama SP Group pada tarif terkawal (tiada tindakan diperlukan).




  • Tarikh tarikh akhir untuk menukar pembekal.




  1. Pembekal elektrik baru, bekalan elektrik sama




  • Bekalan elektrik anda tidak akan berubah meskipun anda menukar pembekal kerana SP Group akan terus mengendalikan grid tenaga negara dan membekalkan tenaga elektrik kepada semua.




  1. Tidak wajib untuk menukar




  • Anda boleh terus menggunakan SP Group sebagai pembekal anda.




  1. Gunakan rebat U-Save setelah menukar




  • Jika anda layak menggunakan rebat U-Save, anda boleh kekal menggunakannya untuk membayar bil elektrik anda setelah membuat penukaran pembekal.




  1. Penukaran adalah mudah




  • Pembekal yang anda pilih akan bekerjasama dengan SP Group untuk melakukan penukaran tersebut bagi anda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >