Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lumba haram: Denda lebih tinggi, penjara disarankan

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang menggalak atau mengambil bahagian dalam perlumbaan haram akan menghadapi denda lebih tinggi dan tempoh penjara mandatori yang digandakan sekiranya pindaan yang diusulkan kepada Akta Lalu Lintas Jalan Raya diluluskan menjadi undang-undang.



Mahkamah juga akan diberikan lebih banyak ruang untuk tidak membenarkan pemandu daripada memandu jika mereka disabitkan kesalahan dalam kes baran jalanan.



Ini merupakan antara perubahan kepada Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang dibentangkan di Parlimen semalam untuk mempertingkat keselamatan jalan raya di sini menyusuli kenaikan dalam kes perlumbaan haram tahun lalu.



Ia dibentangkan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Di bawah pindaan yang diusulkan itu, hukuman maksimum bagi kesalahan perlumbaan jalanan akan dinaikkan agar ia sejajar dengan hukuman bagi pemanduan berbahaya.



Buat masa ini, mereka yang didapati salah bagi perlumbaan haram menghadapi denda, hukuman penjara mandatori dan perampasan kenderaan yang terlibat.



Pesalah kali pertama boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan didenda antara $1,000 dengan $2,000.



Pesalah berulang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan didenda antara $2,000 dengan $3,000.



Jika pindaan itu diluluskan, pesalah kali pertama sebaliknya akan menghadapi denda maksimum $5,000 dan hukuman penjara sehingga setahun.



Pesalah berulang pula akan didenda sehingga $10,000 dan dihukum penjara sehingga dua tahun.



Bagaimanapun, pindaan itu juga akan mengubah rejim perampasan kenderaan semasa bagi kesalahan perlumbaan haram.



Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram tidak lagi akan dirampas secara automatik.



Sebaliknya, ia tidak akan dirampas jika pesalah bukan pemilik kenderaan itu dan telah menggunakannya tanpa keizinan pemilik. Ini menjadikan rejim perampasan itu sejajar dengan kesalahan lain seperti pemanduan berbahaya yang menyebabkan kematian.



Pindaan diusulkan itu dibentangkan menyusuli kejadian kemalangan kereta laju di Tanjong Pagar pada Februari lalu yang membunuh lima lelaki, dan juga kenaikan dalam jumlah orang yang ditangkap bagi perlumbaan haram.



Tahun lalu, Polis Trafik menangkap sekurang-kurangnya 26 orang yang terlibat dalam perlumbaan haram berbanding dengan jumlah keseluruhan 17 orang yang didakwa bagi kesalahan ini dalam lima tahun sebelumnya.



Sementara itu, untuk meningkatkan pencegahan terhadap kes baran jalanan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengusulkan untuk memberi mahkamah lebih banyak ruang untuk tidak membenarkan pesalah memandu.



Meskipun mahkamah kini boleh tidak membenarkan pesalah memandu dalam kes baran jalanan, ini hanya boleh dilaksanakan apabila pesalah disabitkan kesalahan jenayah khusus yang disenaraikan dalam peruntukan, seperti pergaduhan, menahan secara salah dan menyebabkan kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >