Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Luncur air di pantai Los Angeles...

Usia tidak halang Masagos belajar luncur air
Jul 16, 2019 | 05:30 AM

ANDA boleh belajar apa sahaja pada apa jua usia anda, demikian ujar Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Memberi contoh dalam satu pos Facebooknya semalam, Encik Masagos berkata beliau baru mempelajari bagaimana meluncur air pada usia 56 tahun.

Pengalaman meluncur air itu merupakan sebahagian daripada pengalaman lawatannya ke program luncur air Youth Mentoring Connection (YMC) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sewaktu lawatan dan sesi percubaannya, Encik Masagos turut ditemani Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, rakan kerja dari Mendaki serta belia dari Kelab Mendaki.

Encik Masagos berkata: "Program ini memberi belia peluang mempelajari luncur air dalam sekitaran yang menyokong, seronok, di bawah pengawasan mentor mereka.

Berita Popular

"Interaksi yang dekat bersama mentor mereka dan pengalaman mengambil bahagian dalam kegiatan yang positif, tidak kompetitif, boleh membantu mereka membina imej diri dan keyakinan diri."

Beliau berkata pengalaman tersebut telah memberi mereka idea tentang jenis-jenis kegiatan yang mungkin boleh dianjurkan untuk mendekati belia Singapura dengan lebih baik.

Encik Masagos juga menghargai peluang untuk mencuba sukan tersebut.

Beliau menambah bahawa pantai yang dikunjunginya itu tempat yang baik bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam sukan luncur air. Tambahan pula, pantai tersebut dijaga dengan baik.

Menurutnya, semua orang memainkan peranan dalam memastikan pantai itu "bersih dan bebas plastik".

Sebelum ini, Encik Masagos telah mengunjungi Berkeley Lab dekat San Francisco, untuk meninjau usaha makmal itu, termasuk kajian yang dijalankan mengenai teknologi tenaga.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map