Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

M³ akan gandakan usaha tangani isu pemilikan rumah, pendidikan: Masagos

Tenaga masyarakat akan digembleng dan kerjasama dengan institusi lain diperkukuh untuk capai matlamat
Aug 31, 2021 | 05:30 AM



RANGKAIAN M Kuasa Tiga (M³) akan menggandakan dan menyelaraskan usaha untuk menangani isu-isu berkaitan pemilikan rumah dan pendidikan dalam masyarakat Melayu/Islam, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini akan dilakukan dengan menggembleng tenaga masyarakat serta melalui kerjasama dengan institusi tertentu demi memastikan kemajuan dapat dicapai dalam tahun-tahun akan datang.



Memberikan responsnya kepada media berkaitan isu yang disentuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan (NDR) kelmarin, Encik Masagos berkata beliau bangga apabila kemajuan masyarakat Melayu/Islam diiktiraf.



Namun, beliau akur masih ada ruang bagi peningkatan, dan menekankan peranan M Kuasa Tiga (M³), yang meliputi Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Mesra dalam usaha membantu masyarakat menangani isu-isu yang dihadapinya.



Pertama adalah isu pemilikan rumah di mana menurut Encik Masagos, projek Dian@M³ di samping pelbagai usaha pemerintah, akan dapat membantu lebih banyak keluarga Melayu/Islam untuk memiliki rumah.



Bagi aspek pendidikan pula, Encik Masagos berkata masalah yang dihadapi bukan lagi isu keciciran seperti yang dihadapi masyarakat lebih 20 tahun lalu, tetapi dalam memastikan masyarakat Melayu/Islam menggarap peluang mempertingkatkan lagi kemahiran dan ilmu secara bermutu.



Ini selain mendorong ibu bapa menitikberatkan pendidikan awal anak-anak supaya mereka mempunyai pendedahan kepada ilmu dan kehidupan sosial, tambah Encik Masagos.



"Di peringkat masyarakat, kita ingin melihat bagaimana M³ dapat menyelaraskan serta menggandakan usaha bersama institusi seperti Mendaki, Muis dan Mesra untuk memastikan masyarakat dapat bersama-sama membantu dua segmen ini, supaya kita dapat melihat kemajuan dalam tahun-tahun akan datang," katanya.



Dalam pada itu, Encik Masagos juga telah melahirkan penghargaan kepada badan-badan Melayu/Islam yang telah memberikan sokongan dan bantuan yang meluas dalam membantu golongan yang lebih memerlukan, terutama sekali dalam tempoh pandemik Covid-19.



Encik Masagos turut menggesa para individu yang sudah meraih kejayaan untuk tampil dan sama-sama menyumbang kembali kepada masyarakat.



Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaannya kelmarin, PM Lee menyentuh tentang trend yang menimbulkan keprihatinan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam berkaitan pemilikan rumah dan pendidikan.



Menurutnya, kadar orang Melayu yang tinggal di flat sewa semakin meningkat dan menekankan pentingnya untuk meningkatkan kesedaran bahawa flat sewa hanya huraian sementara.



Keluarga di rumah sewa juga perlu digalakmencari pendapatan yang stabil agar mereka boleh memiliki rumah sendiri, tambah Encik Lee.



Sementara itu, beliau menambah kunci dalam usaha membina masyarakat Singapura yang inklusif adalah pendidikan dan golongan pelajar yang ketinggalan perlu diberi tumpuan.



Antara usaha yang telah dijalankan M³ bagi membantu golongan ini termasuk program UPLIFT, yang diterajui Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman bagi menyediakan bantuan awal dan berterusan kepada pelajar kurang bernasib baik daripada semua latar belakang demi meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.




MASAGOS MENGENAI DAYA USAHA M³



Di peringkat masyarakat, kita ingin melihat bagaimana M³ dapat menyelaraskan serta menggandakan usaha bersama institusi seperti Mendaki, Muis dan Mesra untuk memastikan masyarakat dapat bersama-sama membantu dua segmen ini, supaya kita dapat melihat kemajuan dalam tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, kita juga berbesar hati badan-badan Melayu/Islam, seperti AMP dan Pertapis, telah menggembleng tenaga, terutama sekali dalam tempoh pandemik Covid-19, untuk membantu mereka yang lebih memerlukan...Termasuk dalam bidang tumpuan tertentu seperti dekati anggota masyarakat untuk galakan pemilikan rumah serta untuk membantu kanak-kanak meraih pencapaian pendidikan yang lebih baik supaya mereka dapat meraih peluang di negara ini.



- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >