Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³ gabungkan pelbagai kepakaran bagi berkhidmat kepada masyarakat

Aug 04, 2019 | 05:30 AM



SETIAP lapisan masyarakat, termasuk golongan karyawan sendiri, akan meraih manfaat usaha bersepadu untuk berkhidmat kepada masyarakat.



Golongan yang paling memerlukan boleh mendapatkan bantuan holistik, sementara kumpulan karyawan pula berpeluang menabur jasa selepas meraih pencapaian dalam bidang masing-masing, kata karyawan yang dihubungi Berita Minggu (BM).



Mereka sedang berkongsi pendapat tentang Majlis Penasihat M Kuasa Tiga (M³) yang dirasmikan bulan lalu dengan pelantikan 33 anggota pertama dari bidang perubatan, agama, guaman dan lain-lain lagi.



Salah seorang anggota majlis penasihat, Ustaz Zahid Zain, berkata kerjasama seperti itu boleh meraih manfaat yang besar.



"Kita menggembleng idea dari karyawan yang memiliki kepakaran berbeza-beza... langkah ke hadapan adalah apabila karyawan bersatu dan bersama memikirkan jalan membawa masyarakat ke arah kemajuan," ujar Ustaz Zahid, yang juga seorang usahawan dan antara tokoh agama yang paling berpengaruh di media sosial.



"Saya berharap lebih ramai asatizah terutama yang muda dapat turun padang untuk bersama berkhidmat dalam M³ kerana banyak perkara yang boleh disumbangkan serta banyak juga ilmu yang kita dapat pelajari dari pengalaman karyawan yang lain," tambah beliau.



Bersependapat, pakar jantung Dr Abdul Razakjr Omar berkata usaha itu boleh memperkukuh perpaduan antara karyawan dalam masyarakat dan pihak berkepentingan lain.



"Ini perkara penting dalam usaha menangani sebarang isu secara holistik. Secara peribadi, mungkin kita (anggota majlis) tahu menghuraikan suatu masalah, namun kebanyakan masalah sedemikian memerlukan usaha padu 'sekampung'. Justeru, individu dari latar belakang berbeza ini perlu bersikap tolak ansur dan belajar bekerja antara satu sama lain," kata Dr Razakjr, yang juga Timbalan Pengarah Perubatan di Hospital Raffles.



"Sebagai individu yang telah meraih manfaat dari masyarakat, adalah sesuatu yang semula jadi untuk kita tampil dan memberi sumbangan untuk mempertingkat masyarakat.. Saya berharap pengalaman hidup saya, dan kepakaran saya boleh membantu membentuk hala tuju masyarakat mencapai kegemilangan," tambah Dr Razakjr.



Beliau memberi contoh program kesihatan yang dijalankan bersama oleh Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dan asatizah sebagai satu contoh bagi manfaat kerjasama antara karyawan pelbagai bidang.



"Saya harap ia boleh kami lanjutkan ke bandar M³ yang lain... apabila seseorang sihat dari segi jasmani dan rohani, adalah lebih mudah menangani masalah dalam hidup," kata beliau.



Dalam ucapannya sempena pelantikan anggota majlis penasihat ini, Menteri Bertanggunjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata gabungan karyawan ini memperluas jangkauan khidmat dan boleh membantu badan-badan relevan mendekati golongan masyarakat yang sebelum ini sukar didekati.



Majlis Penasihat M³, yang dilancarkan pada 1 Julai lalu, menghimpunkan karyawan pelbagai bidang dalam jawatankuasa tunggal untuk memberi bimbingan strategik bagi pelaksanaan projek-projek M³.



M³, yang dilancarkan sejak tahun lalu, menyepadukan program dan khidmat badan-badan Melayu Islam setempat dengan tujuan memperkukuh sokongan holistik bagi masyarakat Melayu/Islam, terutama dalam penyampaian dan pelaksanaan khidmat di peringkat terakhir. Ia diketuai bersama oleh Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Kesemua lapan Bandar@M³ telah dilancar, masing-masing dengan tumpuan berbeza, termasuk dalam bidang pendidikan awal, memperkasa belia dan menambah sokongan bagi banduan dan keluarga.




Saya berharap lebih ramai asatizah terutama yang muda dapat turun padang untuk bersama berkhidmat dalam M³ kerana banyak perkara yang boleh disumbangkan serta banyak juga ilmu yang kita dapat pelajari dari pengalaman karyawan yang lain.
- Pengasas bersama @myfsg, Ustaz Zahid Zain.



Sebagai individu yang telah meraih manfaat dari masyarakat, adalah semula jadi untuk kita tampil dan memberi sumbangan untuk mempertingkat masyarakat.. Saya berharap pengalaman hidup saya, dan kepakaran saya boleh membantu membentuk hala tuju masyarakat mencapai kegemilangan.
- Pakar jantung, Dr Abdul Razakjr Omar.




SEKILAS INISIATIF M³



TIGA BADAN PENERAJU

– Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)

– Yayasan Mendaki (Mendaki)

– Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra)



TIGA TUMPUAN

– Memperkukuh unit keluarga

– Pertingkat sokongan bagi banduan dan keluarga

– Membina keupayaan belia



LAPAN M³@BANDAR DAN TUMPUAN MEREKA



1. Tampines: Promosi bahasa, budaya dan warisan Melayu, menawarkan kursus pendidikan dan pengayaan

Pengerusi: Encik Abu Bakar Mohd Nor



2. Bedok: Promosi gaya hidup sihat, pendidikan dan persediaan untuk masa depan

Pengerusi: Encik Mohd Fahmi Aliman



3. Pasir Ris-Punggol: Fokus kepada pendidikan dan penglibatan sosial, beri sokongan kepada golongan memerlukan

Pengerusi: Syed Ahmad Syed Yusuf Alsagoff, (Pasir Ris) & Encik Abdul Wahab Mohamed Yusoff (Punggol)



4. Nee Soon: Fokus kepada perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak

Pengerusi: Encik Djohan Abdul Rahman



5. Jurong: Dekati masyarakat Melayu, khususnya belia dan keluarga pendapatan rendah

Pengerusi: Encik Faizal Othman



6. Chua Chu Kang: Fokus kepada pasangan Melayu/Islam, keluarga dengan kanak-kanak, serta belia dan dewasa yang mudah terjejas

Pengerusi: Encik Zhulkarnain Abdul Rahim



7. Marsiling-Yew Tee: Dekati individu dan keluarga, dalam bidang perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak, bimbingan belia

Pengerusi: Cik Rahidah Mohd Noor



8. Woodlands: Bina keluarga dan masyarakat yang lebih utuh, celik kesihatan serta peka isu kewangan

Pengerusi: Dr Noorul Fatha As’art




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >