Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

M³ lancar bidang tumpuan ketiga - perkasa, bimbing belia

Jul 06, 2019 | 12:35 PM

MENYOKONG para belia agar mereka dapat merealisasikan potensi penuh  dan menjadi ahli masyarakat yang menyumbang adalah perlu dan penting.
Demikian ditekankan Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, ketika melancarkan bidang tumpuan ketiga M Kuasa Tiga (M³) - pemerkasaan dan bimbingan belia.

Mengetuai bidang tumpuan ketiga itu, beliau berkata terdapat tiga tumpuan utama yang akan dilakukan.
Pertama, menghubungkan belia dengan peluang pembangunan peribadi dan  berkaitan kerjaya.
Kedua, menghubungkan belia dengan para belia lain yang boleh dijadikan contoh teladan.
Ketiga, memperkasa belia agar mereka dapat menyumbang semula kepada belia lain serta masyarakat secara am.

Ini akan dilakukan melalui program-program bimbingan, pemerkasaan serta menyediakan sumber kepada anak-anak muda ini.

Sementara itu, sejajar dengan usaha mendekati dan melibatkan belia, Festival Belia M³ 2019 diadakan hari ini.

Dianjurkan para belia sendiri, acara yang diadakan di PAssionWaVe@Taman Tasik Jurong itu bertujuan memberi peluang membina rangkaian dan merapatkan hubungan antara anak muda dalam masyarakat.

Berita Popular

Seramai 1,500 belia dijangka hadir di festival tersebut.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map