M³@Chua Chu Kang dilancar
Antara tumpuan ialah pendidikan awal kanak-kanak dan bekerjasama dengan Projek Reben Kuning dekati keluarga dan anak-anak banduan
May 12, 2019 | 05:30 AM
MENGUKUHKAN ikatan keluarga, menumpukan pendidikan awal kanak-kanak serta bekerjasama dengan Projek Reben Kuning bagi mendekati keluarga dan anak-anak banduan menjadi antara tumpuan M kuasa Tiga di Chua Chu Kang (M³@Chua Chu Kang) yang dilancarkan semalam.
M³@Chua Chu Kang merupakan M³@Bandar keenam dilancarkan bagi menghimpunkan kepakaran dan kekuatan relawan Melayu/Islam dan pemimpin masyarakat bagi menyediakan khidmat kepada masyarakat dengan lebih baik.