M³@Pasir Ris-Punggol
M³@Pasir Ris-Punggol atur program, pastikan tiada yang ketinggalan
Oct 07, 2019 | 05:30 AM
BEKERJASAMA dengan segenap lapisan masyarakat demi memastikan tiada sesiapa pun yang ketinggalan di belakang - itulah aspirasi M³@Pasir Ris-Punggol.
M³@Pasir Ris-Punggol, yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, membantu menyelaraskan tugas Jawatankuasa-Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan pertubuhan Melayu/Islam dalam usaha mendekati masyarakat Melayu/Islam di kawasan mereka dan menyediakan khidmat yang memenuhi keperluan penduduk.