M³@Woodlands sasar masyarakat utuh, celik wang dan kesihatan
Jul 22, 2019 | 05:30 AM
INISIATIF M kuasa Tiga (M³) kelapan dan yang terakhir di bandar telah dilancarkan di kawasan Woodlands, semalam.
Dipimpin oleh seorang Ketua Pegawai Perubatan, M kuasa Tiga di Woodlands (M³@Woodlands) akan memberi tumpuan kepada usaha membina sebuah keluarga dan masyarakat yang lebih utuh, celik kesihatan serta peka tentang isu kewangan untuk masyarakat Melayu di kawasan utara negara ini.