Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³ bantu keluarga raih kemahiran baiki kehidupan

May 20, 2019 | 05:30 AM



SEKITAR 150 peserta daripada keluarga berpendapatan rendah bersama anak mereka berpeluang menyertai kegiatan sempena Hari Raya, sedang mereka mengambil langkah memperbaiki kehidupan di bawah Kempen Sentuhan Ramadan kali ini.



Diberi nama Raikan Raya, program baru itu meliputi beberapa bengkel kemahiran dan program kerohanian serta pengetahuan Islam hasil kerjasama rangkaian M Kuasa Tiga (M³) - yang merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Antara lain peserta telah didedahkan kepada bengkel pengurusan dan celik kewangan, selain ceramah pengetahuan agama, sementara anak-anak pula berpeluang menyertai pelbagai kegiatan yang disesuaikan dengan usia mereka.



Di akhir bengkel, peserta menerima baucar membeli belah dianggar bernilai sekitar $70, selain baucar fidyah bermula daripada $40, bagi setiap keluarga.



Pengerusi Kempen Sentuhan Ramadan, Encik Izwan Mohd Rais, berkata objektif program tersebut adalah sebagai satu cara memaparkan usahasama antara pihak yang terlibat.



"Setiap satu badan yang terlibat menyumbang dari sudut kekuatan masing-masing. Seperti Yayasan Mendaki dari sudut pembelajaran; Muis dari sudut penerima bantuan; sementara Mesra pula mempersiapkan bengkel yang berlangsung," katanya yang menganggap program selama dua jam itu mendapat respons memberangsangkan.



Terdapat juga beberapa gerai yang mendedahkan peserta kepada beberapa perniagaan yang boleh dimulakan di rumah.



Salah seorang peserta yang hadir bersama isteri dan lima anak mereka, Encik Zaikamal Zainun, 41 tahun, berkata program itu mendedahkannya kepada sikap berjimat dan membekalkannya dengan kemahiran perancangan kewangan yang baik.



Anak-anaknya yang kecil berpeluang menjalani sesi membaca, sementara yang lebih dewasa didedahkan kepada bengkel pemikiran kritikal, huraian masalah dan pemikiran komputasi.



"Sebelum ini memang kami sentiasa amalkan sikap berjimat daripada semua sudut.



"Hanya apabila Syawal menjelang, kadangkala perbelanjaan terlebih sedikit, apatah lagi dengan lima anak dengan keperluan berbeza," kata beliau yang menganggur.



Pada masa ini, keluarga beliau yang menetap di Clementi Avenue 1, bergantung kepada pendapatan isterinya selaku pekerja pembersihan sekitar $580 sebulan; Muis sebanyak $350, dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West sebanyak $1,600.



Program yang berlangsung di bangunan Wisma Geylang Serai (WGS) itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang turut memberikan kata-kata perangsang kepada peserta.



Semasa ditemui selepas acara itu, Dr Maliki menganggap nilai yang diterap dalam program itu dapat memberi semangat kepada peserta.



"Hari ini kami pastikan mereka didedahkan kepada beberapa kemahiran baru agar mereka lebih berdikari, mempertingkat tahap kehidupan mereka dan menjaga anak dengan lebih baik - sekiranya mereka dapat bekerjasama dengan masyarakat.



"Kedua mereka perlu memandang kepada perspektif segar tentang erti mengatasi masalah yang dihadapi.



"Ramadan banyak menguji daya tahan dan menyingkap diri sendiri. Dan kami ingin mereka sedar yang mereka mempunyai daya tahan dan kemampuan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.



"Maka program sebegini dapat mengingatkan mereka agar menghargai Ramadan dan terus memanfaatkan sumber yang mereka perolehi sebagai bekalan selepas Ramadan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >