Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³ Eco dibentuk bagi selaras bantuan keluarga flat sewa: Maliki

Inisiatif dirintis di tiga blok - Geylang Serai, Bedok dan Jalan Besar
Dec 06, 2021 | 05:30 AM



PEJABAT Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³) atau Eco telah ditubuhkan bagi menyelaras usaha meningkatkan kehidupan keluarga Melayu/Islam rentan yang tinggal di flat sewa di bawah Project Dian@M³.



Inisiatif tersebut, yang menawarkan bantuan menyeluruh bagi mendorong keluarga memiliki rumah sendiri, akan dirintis di tiga blok di M³@Geylang Serai, M³@Bedok dan M³@Jalan Besar.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata relawan sudah mula mendekati keluarga di Blok 38 Bedok South Road, Blok 1 Eunos Crescent dan Blok 19 Upper Boon Keng.



"Sebelum ini kita telah mengumumkan tentang penubuhan satu pejabat koordinasi yang penting untuk memastikan kerja-kerja asas yang dilakukan (relawan) boleh lebih berkesan.



"Eco adalah pejabat di mana kita ada pegawai daripada ketiga-tiga pertubuhan - Mendaki, Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) dan Mesra (Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat) - yang akan membuat penyelarasan di antara agensi pemerintah dan bukan pemerintah.



"Eco akan membantu relawan untuk melihat bagaimana penyelarasan ini boleh dilakukan untuk memberi bantuan secara menyeluruh kepada keluarga-keluarga yang memerlukan," kata Dr Maliki ketika ditemui di Bengkel Latihan Lawatan Rumah (Asas 1) anjuran M³ Eco semalam.



Antara lain, M³ Eco akan bekerjasama dengan Uplift, ComLink dan badan Melayu lain, selain melengkapi relawan dengan kemahiran yang sesuai untuk mendekati keluarga di flat sewa ini dengan lebih berkesan.



Bengkel semalam adalah yang ketiga dijalankan oleh M³ Eco bagi melatih sekitar 75 relawan untuk menjalankan lawatan ke rumah yang berkesan.



Bengkel itu juga bertujuan membangunkan relawan yang akan terlibat dalam Project Dian@M³ untuk menjadi pendamping yang efektif.



Relawan digalak mengikuti dua bengkel peringkat asas dengan mereka yang lebih komited kemudian boleh menyertai bengkel peringkat pertengahan.



Sedang bengkel semalam melatih relawan tentang cara mendekati keluarga, Dr Maliki berkata bengkel-bengkel seterusnya akan melengkapi relawan dengan kandungan dan melibatkan perkongsian oleh pegawai dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Ini supaya relawan mempunyai pengetahuan untuk memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga, terutama berkaitan memiliki rumah.



Sekitar 80 relawan baru telah direkrut dari ketiga-tiga bandar M³ itu sejak Januari lalu.



Salah seorang relawan yang menghadiri bengkel semalam ialah Encik Abdul Rasid Koya Kutty, 45 tahun, yang berkhidmat di M³@Geylang Serai.



"Latihan ini amat berstruktur dan mengajar saya cara untuk mulakan perbualan dengan keluarga, dan memahami keperluan mereka," kata jurutera audio-visual itu.



Seorang lagi relawan, Cik Norsharifah Omar, 43 tahun, meluahkan harapan agar keluarga yang didampinginya kelak dapat berfikir yang mereka juga boleh menaikkan taraf kehidupan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >