Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: MEMBINA TENAGA KERJA BERUPAYA

M³ mahu latih lagi 600 mentor bagi pelbagai program: Zaqy

Mendaki, NTUC akan tolong pekerja Melayu/Islam ceburi kerja industri baru, sedang membangun
Mar 11, 2022 | 08:24 AM



PEJABAT Pementoran Belia M³ (YMO) mahu melatih lagi 600 mentor, tambahan kepada lebih 1,000 yang ada.



Para mentor itu akan dipadankan kepada sekitar 6,000 menti (yang menerima bimbingan) dahulu dan sekarang, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki.



Berucap semasa perbahasan ehwal masyarakat Islam di Parlimen semalam, Encik Zaqy turut mengumumkan lebih banyak sokongan akan disediakan bagi pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk melengkapi usaha pemerintah mempertingkat pendidikan gunaan di Singapura.



Program Pemerkasaan ITE akan diberi nafas baru di bawah program #amPowered@ITE, yang akan merangkumi pendekatan pementoran bertingkat di mana menti akan disalurkan ke program berdasarkan ke-perluan unik mereka.



Program itu juga akan disediakan secara berperingkat di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan di M³ Bandar.



Mengongsi tentang kemajuan Program Pemerkasaan Mendak,i yang diperkenal ada 2019, Encik Zaqy berkata program itu telah membawa manfaat kepada lebih 2,000 menti.



"Menerusi program itu, Mendaki berjaya mendaftar satu daripada lima pelajar Nitec Melayu/Islam pada 2021. Program itu ternyata berjaya. Sekitar 96 peratus peserta daripada Program Pemerkasaan 2021 kekal di sekolah dan mara ke tahun kedua," ujarnya.



Encik Zaqy juga berkata Mendaki akan mengerahkan penasihat jagaan di setiap Sudut Belia di ketiga-tiga Kolej ITE.



"Peranan mereka ialah membimbing pelajar tentang laluan pendidikan dan menghubungkan mereka kepada peluang mendapat kemahiran dan penempatan (emplacement)," katanya.



Penasihat jagaan juga terdapat di pusat satelit Mendaki untuk berkhidmat bagi masyarakat Melayu/Islam.



Menjawab pertanyaan Encik Abdul Samad Abdul Wahab (AP Dilantik) mengenai bilangan pelajar di institut pengajian tinggi, Encik Zaqy berkata pada 2021 terdapat 5,000 lulusan Melayu daripada ITE, 3,200 di politeknik dan 800 daripada Universiti Berautonomi (AU)



Secara purata, sekitar 30 lulusan Melayu daripada setiap kohort ITE mara ke AU.



"Anda boleh bayangkan laluan yang mereka ambil. Ia sesuatu yang amat terpuji," katanya.



Menurut Kajian Pekerjaan Siswazah terkini, dalam kalangan siswazah Melayu yang aktif secara ekonomi, sekitar sembilan dalam 10 lulusan AU serta politeknik dan lapan dalam 10 lulusan ITE mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian.



"Hasil pekerjaannya setanding dengan rakan mereka daripada kumpulan etnik lain," tambah Encik Zaqy.



Dalam ucapan bahasa Melayu pula, Encik Zaqy berkata Mendaki akan bekerja rapat dengan SkillsFuture Singapore (SSG) untuk menggalak masyarakat menyertai program-program pembangunan.



Mendaki juga berganding bahu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk menolong pekerja Melayu/Islam mendapatkan pekerjaan dalam industri baru dan yang sedang membangun.



"Selain menawarkan pelbagai program pembangunan pekerjaan, NTUC akan menghubungkan pekerja kita kepada peluang pekerjaan dan latihan di tempat kerja, supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran dalam industri berkenaan," ujarnya.



Beliau berkata pemerintah akan terus memberi sokongan kepada pekerja Melayu/Islam untuk membangunkan kecekapan dan meningkatkan daya kerja mereka, termasuk menggilap bakat kepimpinan muda dalam kalangan badan Melayu/Islam (MMO) melalui program Tunas Bersama M3 yang dilancarkan tahun lalu, untuk memperkukuhkan usaha bersama memajukan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >